Noor Nabila ada menitipkan nasihat buat adiknya, Neelofa yang masih belum mendirikan rumah tangga.
Jelas Nabila yang telah pun berpisah dengan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad pada 9 Julai lalu mendedahkan, dia ada menasihatkan adiknya itu agar meletakkan suami di hadapan, andai selepas ini bergelar isteri.
“Saya ada beritahu kepadanya, jangan lakukan kesilapan sebagaimana yang saya pernah lakukan sebelum ini dalam perkahwinan.
“Sebagai seorang wanita berkejaya, karier dan berduit ni… Tak senang untuk kita lalui fasa perkahwinan. Perlu letakkan suami itu ke depan.
“Akan tetapi dalam pada proses nak meletakkan suami di hadapan kita itu, perlu fikir macam mana nak put your husband first.
Ads
“Sebab bila kita berkejaya dan mempunyai wang ringgit, cara untuk uruskan perkahwinan itu menjadi lain. Kita perlu letakkan lebih usaha di situ,” jelas Nabila kepada MH.
Malah, usahawan itu turut mendedahkan, seseorang wanita bekerjaya yang sudah berkahwin juga perlu utamakan seterusnya menjaga hati suami.
“Tidak boleh buat itu ini, bimbang nanti suami akan terasa. Macam mana nak uruskan hal tersebut. Tak boleh ‘main hentam’ sahaja.
Ads
“Misalnya macam mana saya mahu belikan satu beg tangan ini, tanpa perlu buatkan suami terasa kerana kita beli dengan wang sendiri. Lebih kurang macam tulah.
“Jadi kita perlu fikir daripada segala sudut. Setiap apa yang kita sebagai isteri buat, pasti akan beri efek kepada suami. Itulah yang saya beritahu padanya.
“Tolonglah jaga, walau kita mampu atau apa pun, suami perlu diutamakan. Kena jaga hati suami,” katanya lagi.
Terdahulu, Nabila dan Sharnaaz sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.
Nabila ditemui selepas meraikan kejayaan Neelofa dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara bagi Lancome, sekali gus menjadi individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis itu baru-baru ini di One Utama, Damansara.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“My ex boifren @nazry_84. Sistur Kembang semangkuk ni Buatan dia la tu. Sis dah 35weeks (8bulan) dah @bebyeejunior.
“Lately ni asyik nak tido & penat jeee. Pastu tido guling sana guling sini tak selesa. Tak dpt position tido yg best.
”Mummy-mummy yg preggy mcm mana?,” tanya Beby di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Beby mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang dikenali sebagai Nazri, pada tahun 2008.
Beby juga sebelum ini pernah tular kerana berpenampilan seperti duyung hingga diberi jolokan ‘Mermaid Malaysia’ kerana memiliki pinggang bersaiz 23 inci.
Foto: Instagram Beby Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Amar Baharin telah melakukan sambutan majlis hari jadi isterinya, Amyra Rosli di kediamannya.
Menerusi entri terkini di Instagram, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin berkongsi sambutan yang serba ringkas bersama peminat.
Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun ini ada menitipkan ucapan manis buat isterinya.
“Selamat Hari Lahir buat isteriku, ibu kepada anak-anak ku, teman gelak tangis ku. Doa ku semoga Allah terus memberi rahmat-Nya utk kamu terus beramal dan menjadi wanita yang solehah.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya – Ali Imran (8)
“Special thanx to:Birthday Decor: @thetikar Photo: @the.shadesofphilia #amyraturns29 #happybirthday #thetikar #primavalet #amyramar Full surprise video on Youtube : Amyramar Tube (link di profile),” tulisnya.
Sekadar informasi, Amar telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Amyra pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aqeef Anaqi yang kini berusia 2 tahun dan Ayra Aryssa, 6 bulan.
Foto: Instagram Amar Baharin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penari terkenal, Alam Wakaka baru sahaja melangsungkan majlis pertunangannya bersama pilihan hati, Nurul Alisya Najwa.
Masih berdarah manis, Alisya yang baru menjangkau usia 19 tahun dilihat ada menitipkan ucapan buat bakal keluarga mertuanya itu.
Menurutnya, meski dia bukanlah berasal daripada keluarga senang atau pun berpelajaran tinggi, namun dia tetap akan cuba membahagiakan bakal suaminya itu.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.