Berita

Wani Kayrie Tak Dapat Tahan Sebak! Cak Cak Cekuk & Tiwikarma Cipta Kejutan, Lihat 10 Lagu Yang Lolos Ke AJL40

Share

Selepas sekian lama menanti, penyanyi Wani Kayrie akhirnya mencipta momen peribadi di dalam kerjayanya apabila buat kali pertama berjaya mara diri ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40.

Lagu Cak Cak Cekuk hasil ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh nyata membawa tuah buat Wani untuk melangkah ke pentas berprestij tahunan itu.

Dalam pada itu karya ciptaan Marsha, turut diumumkan layak bersaing di pentas AJL 40 menerusi Tangisan Seorang Pendosa, ciptaannya sendiri dan lirik oleh Hazama.

Lagu Tiwikarma nyanyian kumpulan K.O.I juga mencipta pencapaian tersendiri apabila buat kali pertama berjaya melayakkan diri.

Lagu berkenaan dihasilkan oleh Zai Hamzah dan Hemo Globin, dengan lirik hasil sentuhan Achoi Floor 88 bersama Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana dan Sapik Sam tampil dengan kekuatan tersendiri.

Aina Abdul Turut Mara Ke AJL40

Aina Abdul yang diangkat sebagai penerima trofi Persembahan Terbaik pada AJL39 menerusi persembahan lagu Puas Sudah juga layak menerusi lagu Kamu, ciptaan sepenuhnya dirinya sendiri.

Lagu-lagu itu diumumkan pada sesi separuh akhir kedua AJL40 yang berlangsung l di Studio TV3, Glenmarie pada Sabtu.

Enam lagu lain yang turur memasuki senarai adalah Nurcinta nyanyian Amir Masdi yang dihasilkan sepenuhnya bersama Edry Abd Halim.

Dayang Nurfaizah pula layak menerusi lagu Lemah ciptaan dan lirik Hael Husaini.

Tak Adil nyanyian Aisha Retno, ciptaan bersama Radi serta Semacam Pandora oleh Hazama (ciptaan Hazama, Zimi, Genervie Kam dan Ritz Metalasia/lirik Zel Hadauan) juga dalam saingan.

Melengkapkan senarai adalah Ke Mana Ni oleh Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik (ciptaan Kmy Kmo dan Luca Sickta/lirik gabungan mereka) serta Lumangad Oku Dika nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Ryenald Guntabid.

Barisan juri diketuai oleh Datuk Acis dengan LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis yang turut memegang peranan sebagai juri.

AJL40 SA dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Sissy Iman, manakala Tuju dan Kaka Azraff tampil menerusi persembahan interlud, pada episod malam tadi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
Aizam Manaf