“Wangi Sampai Celah Teloq,”- Ahya Rosli Payung Foto Seksi Dalam Tab Mandi, Ini Pula Respon Kakaknya!

Share

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan, model dan pelakon Ahya Ulumuddin Rosli kini sedang menikmati dasa bulan madu bersama isteri, Shahirah.

Bagaimanapun, Ahya baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila dia telah memuat naik sekeping foto ‘daring’ dengan posing sambil berendam dalam sebuah tab mandi dalam keadaan separa bogel.

“Isteri yang suruh belanja pic ni ? today is wednesdate ?? @slimbellyofficial love u. Banyak sgt surprise,” tulisnya. 

Malah, kakaknya, Liana Rosli turut meninggalkan komen terhadap gambar tersebut.

“Wowwwwwwww!! Abangggggggg wangi sampai celah teloq,” balas Liana atau mesra disapa Kak KM. 

Terdahulu, Ahya, 32 berkahwin dengan menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas, sebentuk cincin dan wang hantaran RM30,000 kepada Shahirah, 27.

Majlis pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung di Bukit Kiara Equestrian pada Jumaat lalu.

Foto : Instagram Ahya Rosli

IKLAN