Pelakon, Sherry Ibrahim meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir pihak yang masih mengungkit kisah silamnya sehingga ada yang menjadikannya senjata untuk menyebarkan kebencian di media sosial.

Menurut Sherry atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim, dia kini sudah berdamai dengan takdir dan reda dengan segala yang pernah berlaku dalam hidupnya sebelum ini.

“Kalau saya boleh berdamai dengan masa lalu, kenapa ada di antara kamu yang tak boleh?

“Tolonglah jangan ungkit cerita lama yang kamu sendiri tak betul-betul tahu sebab ia cuma menyakitkan dan menambah kebencian yang tak perlu.

“Semua orang ada masa lalu, tapi itu bukan alasan untuk gunakan ia sebagai senjata. Jangan sakiti saya semata-mata untuk puaskan perasaan negatif anda.

“Kenapa nak ungkit dan sebarkan cerita lama? Kalau saya sendiri dah reda dan berdamai dengan takdir, tak perlulah ada yang tambah dosa dengan memburukkan lagi keadaan,” tulisnya.

Ads

Luahan itu dikongsikan oleh pelakon drama Syurga Yang Kedua menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Rabu.

Bahagia Biarpun Belum Berkahwin

Sherry turut menegaskan, orang ramai tidak seharusnya mempersoalkan kebahagiaannya walaupun masih belum mendirikan rumah tangga.

“Walaupun Saya Belum Berkahwin Sehingga Hari Ini, Tidak Bermaksud Saya Tak Bahagia,” – Sherry Ibrahim Tempelak ‘Haters’

“Walaupun saya belum berkahwin sehingga hari ini, itu tidak bermaksud saya tak bahagia. Saya harap ada di antara kalian yang bergelar ‘haters’ boleh cuba tanam rasa empati, bukan kebencian.

Ads

“Hanya Allah SWT yang tentukan apa yang terbaik untuk saya. Dari pihak saya, saya reda dan berserah.

“Saya juga selalu doakan yang terbaik untuk semua dan sentiasa percaya dengan takdir serta proses daripada ALLAH SWT.

“Hanya Dia yang menentukan segalanya. Sumpah, sedih dan penat,” kongsinya lagi.

Sehubungan itu, Sherry menyeru semua pihak agar lebih matang dan memberi tumpuan kepada isu-isu yang lebih besar.

Ads

“Walaupun Saya Belum Berkahwin Sehingga Hari Ini, Tidak Bermaksud Saya Tak Bahagia,” – Sherry Ibrahim Tempelak ‘Haters’

“Tolonglah beri perhatian pada isu semasa dan masalah yang lebih penting di Malaysia dan dunia sekarang ini.

“Tolong hentikan semua benda mengarut ni, sebab serius saya langsung tak kenal kamu dan tak tahu apa tujuan kamu buat semua ni.

“Jadilah seorang yang lebih baik, matang, besar jiwa dan hiduplah dengan kehidupan yang lebih bermakna,” luahnya lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads