Pelakon, Idzham Ismail akhirnya menjawab persoalan ramai mengenai mengapa dia membahasakan dirinya ‘I’ dan ‘You’ menerusi drama Hatinya Sedingin Salju meski pun wataknya berperanan sebagai rakan baik kepada pelakon, Hisyam Hamid yang juga merupakan peneraju utama drama tersebut.

Menurut Idzham, terma yang digunakan itu bukanlah sesuatu yang janggal malah ia juga sebenarnya sering kali digunakan oleh kebanyakan masyarakat masa kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail)

“Since ramai tanya kenapa Huzair dengan Arman bahasakan diri guna I U . Okay sebenarnya bahasa ni dah ramai guna dikalangan orang, cuma ada diantara kita belum jumpa orang guna lagi. Tak salahkan pon dan sebab dengan soalan yang banyak saya akan terangkan.

“Huzair kenal Arman sebab Huzair kerja dekat company Dato. Arman adalah big boss untuk company tu. Ikut logiknya , Huzair bukan kawan Arman pada asalnya, so penggunaan I U tu dari awal , jadi lama kelamaan, Huzair dengan Arman jadi kawan,” tulisnya.

Penjelasan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada dua orang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Walaupun Berkawan, Kena Tunjuk Respek Dengan Boss Depan Staf,” – Ramai Musykil Kenapa Guna ‘I & You’ Meski Member, Ini Penjelasan Idzham Ismail “Walaupun Berkawan, Kena Tunjuk Respek Dengan Boss Depan Staf,” – Ramai Musykil Kenapa Guna ‘I & You’ Meski Member, Ini Penjelasan Idzham Ismail

Pada masa sama, Idzham turut memaklumkan dia sebenarnya ingin menunjukkan nilai-nilai hormat antara karyawan bersama pihak majikan meskipun hubungan mereka sangat akrab sama ada di dalam mahu pun di luar pejabat.

IKLAN

Katanya lagi, dia juga sudah membuat persiapan rapi sebelum memasuki ke set pengambaran.

“Walaupon dah berkawan, still kena ada terms yang menunjukkan respect kepada Arman didepan staff, dan secara tak langsung , dibawa ke luar even bukan formal event sekalipon.

“Simple je sebab saya buat study sebelum shoot cerita ni, dan inilah konklusi saya sendiri based on the character itself,” jelasnya lagi.

“Walaupun Berkawan, Kena Tunjuk Respek Dengan Boss Depan Staf,” – Ramai Musykil Kenapa Guna ‘I & You’ Meski Member, Ini Penjelasan Idzham Ismail “Walaupun Berkawan, Kena Tunjuk Respek Dengan Boss Depan Staf,” – Ramai Musykil Kenapa Guna ‘I & You’ Meski Member, Ini Penjelasan Idzham Ismail

Melihat di ruangn komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut menyifatkan isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan dari awal lagi.

IKLAN

“Nice, saya suka bahasa yang digunakan Arman dan Huzair.

“Thank you for tue explanation. Okay petang ni nak sambung tengok.

“Maybe you’re the next hero. Suka sangat lakonan you. Sangat natural.

“Mantap I tahu you study character,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

IKLAN

Terdahulu, drama, Hatinya Sedingin Salju boleh ditonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam di slot Akasia, TV3.

Selain Idzham dan Hisyam, drama ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat lain antaranya Aprena Menrose, Zila Bakarin, Hafeez Mikail dan ramai lagi.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Walaupun Berkawan, Kena Tunjuk Respek Dengan Boss Depan Staf,” – Ramai Musykil Kenapa Guna ‘I & You’ Meski Member, Ini Penjelasan Idzham Ismail

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Idzham Ismail

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI