Aktres Mimi Lana mendedahkan suaminya yang juga aktor, Syafiq Kyle tidak pernah menetapkan sebarang syarat berkaitan kerjayanya sebagai pelakon walaupun selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Namun begitu, jelas Mimi, setiap individu harus tahu menilai sendiri batas yang wajar dijaga demi menghormati pasangan.
“Kami tiada meletakkan sebarang syarat kerana kami sudah berkenalan agak lama. Namun, kita perlu ada common sense.
“Sebagai manusia, kita saling boleh fikir sendiri apa yang boleh dan tak boleh dibuat. Kita sendiri tahu baik buruk sesuatu perkara.
“Kita sudah ada perbincangan ini sejak sebelum berkahwin lagi. Jadi, tiada sebarang masalah,” katanya kepada MH.
Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama First Wives di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tanggungjawab Isteri, Sokongan Suami
Mengulas tentang perubahan yang berlaku dalam rutin harian selepas bergelar isteri, Mimi tidak menafikan kehidupannya kini lebih berbeza dan dia masih dalam proses menyesuaikan diri.
Ads
“Banyak perbezaan yang saya alami selepas mendirikan rumah tangga. Yang paling utama, bila bangun pagi, ada suami di sebelah. Kini, baru saya faham tanggungjawab seorang isteri.
“Walaupun, pada mulanya saya nampak perkara itu seakan mudah, tapi tanggungjawab seorang isteri ini sangat besar. Begitu juga dengan suami.
“Alhamdulillah, saya dikurniakan suami seperti Syafiq yang sentiasa menyokong saya,” ujarnya lagi.
Wanita Perlu Bangkit & Bersatu
Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Mimi teruja apabila berpeluang membintangi drama bersiri terbaharu, First Wives.
Karya arahan Imri Nasution itu disifatkan sebagai istimewa kerana ia memberi sokongan kepada wanita, khususnya yang berdepan dengan konflik rumah tangga.
Ads
“Kita sering disajikan dengan drama wanita menindas wanita lain kebelakangan ini. Namun, saya suka drama ini kerana mengetengahkan wanita yang memerlukan sokongan sesama wanita.
“Wanita ini jika mereka bergabung, kita akan jadi lebih kuat. Bila saya membawakan watak ini, saya harap para wanita yang mengalami nasib sama, mereka akan rasa dilihat dan didengari.
“Walaupun ini drama komedi, tapi saya rasa agak sedih. Wanita ini hatinya lembut dan sanggup berikan segalanya kepada pasangan. Bila suami pula buat hal, saya jadi sedih,” katanya lagi.
Mengulas lanjut soal kepercayaan dalam hubungan, Mimi kekal positif meski sering membaca mengenai kisah pasangan yang tidak jujur di media massa.
Ads
“Sebagai manusia, kita perlu sentiasa bersangka baik.
“Kalau ada perkara yang tidak jujur atau berniat tidak baik, saya percaya cepat atau lambat, kita akan tahu juga,” katanya.
Selain Mimi, First Wives turut dibintangi oleh Malek Mccrone, Melissa Campbell, Charles Roberts, Zeera Azizi dan Andy Teh.
Ia bakal ditayangkan bermula 11 April ini secara On Demand dan penstriman melalui platform Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Sharifah Sakinah berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya sudah berkahwin dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis terdekat, minggu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Sakinah bagaimanapun belum bersedia untuk mendedahkan identiti suami kepada umum.
“Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi.
“Saya juga mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media,” katanya seperti yang dipetik.
Difahamkan mereka sudah pun berkenalan sejak empat tahun yang lalu.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang selebriti tempatan yang sudah berkahwin minggu lalu.
Ini juga perkahwinan ketiga Sakinah selepas bercerai kali kedua dengan bekas suaminya yang berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen pada penghujung 2023, selepas bernikah pada 2021.
Sekadar informasi, Sakinah juga pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun mereka bercerai lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Anais Adha yang berusia lapan tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro & Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti Noor Neelofa mengakui pada awal, dia sekeluarga agak berat untuk menerima kenyataan bahawa ibunya iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed mengidap penyakit kanser payu dara.
Bagaimanapun, Neelofa tetap bersyukur apabila ia dapat didiagnos lebih awal dan prosedur rawatan dapat segera dijalankan.
“Pada mulanya, kami seperti tidak mahu menerima dan tidak boleh hadam dengan perkhabaran tersebut. Ia mengambil sedikit masa untuk kami terima semua ini.
“Namun, kami sangat bersyukur kerana dapat tahu lebih awal dan kanser itu tidak agresif. Ketika ini, sangat biasa bila orang terkena kanser.
“Prosedur rawatan pun sudah semakin banyak dan tidak seperti dahulu. Jadi banyak perkara yang kami patut bersyukur,” katanya kepada MH.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui pada pelancaran Daia 3-in-1 Softergent di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Sementara itu, Neelofa memaklum dia dan adik beradik yang lain amat menitik beratkan soal penjagaan emosi ibu ketika sedang menjalani rawatan.
“Walaupun kami ramai adik beradik, masing-masing mengambil giliran untuk menjaga ibu. Namun, ketika sakit, ibu saya tiada perangai mengada-ngada.
“Dia hanya mahu kami menjaga emosinya sahaja supaya tak stress. Dia tak mahu ada cerita atau isu-isu yang membuatkan dia terfikir-fikir. Jadi, kami sangat menjaga bab ini,” ujarnya lagi.
Dia menjawab perkara itu apabila ditanya tentang perkembangan terkini ibunya selepas berkongsi penyakit dihidapi.
Difahamkan Kartini telah selamat menjalani pembedahan dan kini masih dalam proses pemulihan.
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz ini turut menyeru untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala agar masalah seperti ini dapat dikekang lebih awal.
“Tidak kira usia tua atau muda, buatlah pemeriksaan kesihatan secara berkala. Kalau kita tak mahu keluarkan peruntukan untuk pemeriksaan kesihatan, jika terlambat, kita akan berbelanja lebih lagi.
“Walaupun pada usia 20-an, buat sahaja pemeriksaan kesihatan,” akhirinya
Pada Februari lalu, Kartini mendedahkan dia menghidap kanser payudara tahap satu selepas melakukan ujian biopsi.
Sementara itu berkongsi tentang kerjasama dengan produk Daia, Neelofa dilantik sebagai duta kempen terbaharu jenama berkenaan.
Hos Next To Neelofa ini juga memberitahu dia telah menjadi pengguna produk berkenaan sejak dulu sehingga kini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Sharifah Zarina mengakui teruja apabila berpeluang bekerjasama dengan anak perempuannya, Athalia Deena Buswani dalam lagu raya terbaharu berjudul Oohaa Raya.
Menurut Sharifah Zarina, idea untuk menghasilkan lagu ini timbul susulan kejayaan single 40 yang mendapat sambutan baik pendengar.
“Masa proses lagu ini, saya dah tahu akan ada banyak lagu raya yang akan keluar dan kami sudah bersedia.
“Malah saya beritahu pada Athalia, kita cuba saja dan ini juga adalah sesuatu yang kita tak pernah buat sebelum ini. Saya akan rasa menyesal kalau kami tak mencuba.
“Soal bersaing itu tidaklah sebab kalau nak diikutkan, saya memang sudah lama tak menyanyi sebelum kemnbali lancar lagu 40 tahun lepas.
“Mengapa tidak untuk kembali rakam lagu, dan kali ini menerusi sebuah lagu raya pula,” katanya, baru-baru ini.
Lebih menarik, Oohaa Raya bukan sekadar lagu raya biasa, tetapi liriknya turut diolah berdasarkan kisah sebenar ragam Sharifah Zarina dan anak-anaknya ketika menyambut Aidilfitri.
“Kita ubah lirik ini dalam 80 peratus. Kalau boleh, kita memang nak samakan dengan kisah kami anak beranak semasa sambut raya.
Idea untuk berduet dengan Athalia datang daripada komposer lagu ini, Eugene Lai dan Ja’a dan rasanya rasa ia satu idea yang menarik,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Oohaa Raya bukan sekadar lagu, tetapi turut disertakan dengan siri web khas sebanyak enam episod.
Siri ini dihasilkan oleh Faithful Music dengan kerjasama Malika Entertainment dan dimuat naik di akaun TikTok rasmi mereka.
Lagu dan video muzik lagu ini telah dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman muzik termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube sejak 14 Mac lalu.
Dengan konsep yang segar dan unik, lagu ini pastinya menjadi salah satu lagu pilihan sepanjang Syawal pada tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.