Semalam MH Online ada berkongsi dengan semua tentang penyanyi, Fynn Jamal baru sahaja menerima seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Sakti Kencana Fitri.

Untuk mereka yang tidak tahu, Fynn mempunyai masalah untuk hamil lalu telah mengambil seorang anak angkat lelaki bernama, Bakti Arjuna Fitri dan kini seorang lagi bayi perempuan.

Terbaru menerusi akaun Instagram Fynn sendiri dia berkongsi coretan tentang Juna dan dan Sakti. Tersentuh hati apabila membaca coretan Fynn ini.

“dia pandang dedek dengan ekor mata. dia tak datang tengok, tidak juga dia buat tak tau. di lompat2 di sekitar dedek. dia tak tau nak buat reaksi macammana— sebab dia tak tau macammana nak beri reaksi pada situasi dapat adik.

 

“dedek tak banyak aktiviti. nangis tidak, minta perhatian pun tidak. dedek baring kejung dalam bedung. tenang. setenang apabila mummy pesan dia datang untuk menjaga balong.

 

“tak sabar nak tengok kimia kedua mereka ini. walau tak bersatu kerana darah, mereka satu kerana susu aku.

 

“hidup, anak2ku.

 

“hidup tanpa takut.

 

“selama tuhan ada dalam degup jantung kamu;

 

“takkan tercela, walau garang mana petir dan ribut.

 

“terima kasih balong sebab terima dedek. in your own ways, and in that quick little kiss on dedek’s forehead semalam;

 

“mummy tau balong tau she is yours.

 

“dedek,

 

“if you read this one day; jaga balong.

 

“dia tak tau macammana nak beritahu,

 

“but know that he needs you,” panjang lebar coretan Fynn di ruang kapsyen perkongsiannya.

Itulah kasih seorang ibu, walaupun bukan dia yang melahirkan namun naluri ibu dan kasih sayangnya sentiasa ada buat Juna dan Sakti.

IKLAN

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Rata-rata peminat Fynn juga turut tersentuh dengan setiap patah perkataan yang ditulis oleh penyanyi lagu-lagu puisi itu.

IKLAN

chipzainudin: Sgt touching.. words n pic.. both.. semoga Allah permudahkan segalanya insyaa Allah..

fara87vanilla_white_precious: Berkaca-kaca mataku baca post nihh

IKLAN

cellmax_leklau: Allah shj yg membalas kebaikan fyn pada anak2 comel ini….

aink4yy__: setiap yang di bacara kan oleh kak fyn. berdesupppp terus masuk ke dalam hati. semoga balong & dedek menjadi anak yang baik buat mummy & daddy ❤️

Semoga Juna dan Sakti menjadi anak yang soleh dan solehah buat ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Fynn Jamal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI