Usahawan yang juga bakal isteri kepada Shuib tidak menafikan proses penghijrahan diri bukanlah sesuatu yang mudah.
Menurut Watie selepas membuat keputusan mengenakan hijab lebih setahun lalu, untuk kekal istiqamah sudah tentu memerlukan kekuatan dalam diri.
“Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life.
“Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, walau kadang kala bila pi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh di pakai,” jelasnya.
Ads
Watie berkongsi perkara itu menerusi salah satu perkongsian di Instagram.
Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib Sepahtu berharap selepas ini tidak ada lagi perbandingan dilakukan oleh netizen melibatkan antara Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raisuddin dengan tunangnya, Watie Hanifiah.
Menurut Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad, 39, Allahyarham Siti Sarah sentiasa berada di tempat paling istimewa dalam hidupnya.
“Sarah ada di tempat paling istimewa dalam hidup saya. Watie pun tahu tentang perkara itu.
“Perbandingan itu tidak sepatutnya sebab kita kena terima realitinya.
“(Perbandingan) Ini juga tidak adil untuk Watie. Pada saya, apa salah dia.. dia nak ada dengan saya untuk anak-anak, untuk keluarga. Perbandingan itu menyakitkan orang juga,” katanya kepada MH.
Berkongsi mengenai majlis pernikahannya nanti, Shuib berkata tarikh 23 Jun yang dipilih mereka tidak memberikan apa-apa simbolik sebaliknya ingin mengadakan majlis pada penghulu segala hari iaitu Jumaat.
“Tentang pemilihan tarikh 23 Jun.. memang tiada apa-apa simbolik sebaliknya saya pilih sebab hari Jumaat.
“Kami akan adakan satu majlis (resepsi) sahaja nanti. Doakan semua dipermudahkan,” kata Shuib lagi.
Shuib dan Watie yang merupakan seorang usahawan selamat mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman keluarga wanita itu Shah Alam, Selangor.
Menerusi majlis itu, Shuib memberikan tiga dulang hantaran terdiri daripada sirih junjung, kasut dan manisan manakala Watie membalas dengan lima dulang berisi manisan, buah-buahan, sampin, sirih junjung dan sepasang kasut.
Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011.
Hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai empat cahaya mata iaitu Uwais Al-Qarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 2 tahun.
Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Anna Jobling terbang ke Jakarta Indonesia baru-baru ini khusus bagi mengisi masa seterusnya bertemu peminatnya di sana menerusi majlis rumah terbuka yang istimewa.
Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, juga terbang ke Indonesia atas komitmen kerja seninya.
Menurut Anna, Rumah Terbuka tahun ini dilakukan di Jakarta susulan mahu berlaku adil dengan peminatnya dari kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
“Majlis berbuka puasa yang lalu telah berlangsung di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh peminat dari Malaysia, jadi saya berniat untuk anjur Rumah Terbuka di Jakarta pula.
“Alhamdullilah, segalanya telah berjalan dengan lancar yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan juga dibantu oleh kelab peminat Indonesia.
“Kalau diikutkan ini kali ketiga saya ke sana bertemu peminat selepas kali pertama dulu hadir bersama Merqeen”, katanya.
Anna sebelum ini dikecam gara-gara kenyataannya disalah tafsir selepas dia tidak mahu berkongsi alamat kediaman keluarga di Melaka.
Kononnya, Anna tidak mahu peminat datang menyerbu ke rumah ketika Hari Raya.
“Semuanya adalah salah faham yang timbul daripada tajuk artikel. Kediaman keluarga Anna di Melaka sangat kecil ruangnya.
“Jadi bila wartawan tanya adakah saya menerima kunjungan peminta di Hari Raya, saya tidak kongsi alamat kerana tidak mahu tetamu yang hadir bersempit di rumah. Keluarga juga mahukan privasi di Hari Raya”, kata memperjelas.
Anna menambah, setakat ini tidak timbul sebarang isu kalau ada yang beranggapan dia tidak berlaku adil dengan peminatnya di Malaysia dan Indonesia.
“Bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Tapi, Alhamdullilah, peminat saya sangat memahami dan tidak putus menyokong karier saya. Tak timbul isu pilih kasih atau tidak.
“Saya juga memang mencuba yang terbaik untuk meluangkan masa bersama-sama peminat jika ada waktu lapang,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Anna ke Jakarta juga atas urusan kerja selain mencuri masa beramah mesra dengan peminat di Indonesia.
“Ada beberapa tawaran daripada pihak produksi di sana, namun saya terpaksa menolak atas sebab jadual yang ketat di Malaysia.
“Jadi kali ini, pihak pengurusan akan cuba yang terbaik untuk menyusun jadual dan mempertimbangkan beberapa tawaran yang datang,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah pergolakan rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana masih belum berkesudahan selepas suaminya, pengarah kontroversi, Syamsul Yusof enggan melafazkan cerai pada 18 April lalu.
Memasuki hari kedua bulan Mei, aktres itu mengharapkan agar bulan ini dapat memberikan lebih kebahagiaan dan senyuman buat dirinya.
Berkongsikan baris-baris rangkap ayat di InstaStory, Puteri Sarah, 38, mengulang siar (repost) entri yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Penyambut Senja.
“Mei harus bahagia, Mei lebih bahagia, Mei full senyum, MEI HARUS BAHAGIA!” kongsi Puteri Sarah.
Susulan keengganan Syamsul melafazkan talak, prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapan Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Kemelut rumah tangga pasangan pelakon ini mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwakil walikan bapa Ira, pelakon Kazar Saisi.
Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu kerana tidak sanggup hidup bermadu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.