“Walau Dia Gaji Rendah Dari Kita, Tetap Kena Hormat,” – Usah Hina Suami, Ini Nasihat Positif Beby Tora Buat Para Isteri

Share

Bintang Instagram, Beby Tora Tora ada memberi nasihat buat para isteri menerusi akaun Instagram, baru-baru ini.

Menerusi entri tersebut, Baby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie ada menulis,  sebagai seorang isteri, semestinya harus bersikap menghormati suami.

Malah, Beby juga turut menyarankan agar para isteri sentiasa menghargai pengorbanan ketua keluarga masing-masing di dalam rumah tangga.

“Kita sbagai isteri ni kena dngar la ckap suami kita ..even kita lagi bnyak duit dari suami ,jangn rasa diri kita tu dh bsar kepala sampi smua benda nak ikut ckp kita.

“Jangan hina suami kita wlaupun dia tak bergaji mcm kita .wlaupun gaji dia rendah dari kita ,kita tetap kena hormat dia.

“Dia kerja dngn keras wlaupun dia tau kita brduit ..dia bagi kita duit stiap bulan wlaupun dia tau gaji dia tak sberapa dia bagi kita mkan pakai wlaupun dia tau kita ada duit sndiri.

“Tetapi sbgai pompuan kita pun kena sediakan aset2 dn simpanan tertentu untuk diri kita tau ..jangn brgantung spenuhnya pada suami,” tulisnya.

Bintang media sosial ini juga mengakui dia sedari awal tidak kisah mengenai profesion suami, asal kerja yang dilakukan itu halal.

“Jujur ckap tira dulu jumpa suami tira wktu dia tngah keja potong ayam dkat kdai mkn.

“Tira tak kisah dia keja apapun janji halal dn rajin usaha ..lepas kahwin tira bahagia.

“Alhamdulillah dia jaga tira dngn baik ..tira doakan awak2 smua pun bhagia mcm tira, “ tulisnya lagi.

Beby mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang dikenali sebagai Apit Johari pada 11 Mac 2019.

Foto: Instagram Beby Tora Tora

IKLAN