Walau Buta Si Bapa Tak Penat Travel Malaysia Ajar Orang Mengaji. Perkongsian PU Amin Ini Bikin Netizen ‘Celik’ Hati

Share

Penceramah selebriti, Pencetus Ummah Amin ada berkongsi kisah mengenai keistimewaan yang dimiliki bapanya di laman Instagram.

Menurut PU Amin, ayahnya merupakan seorang yang kurang upaya dari segi penglihatan tetapi mempunyai keupayaan untuk mengajar golongan buta mengaji Al-Quran.

“Abah saya, Mohd Noor seorang yang cacat penglihatan. Dia buta hatinya celik. Tak penat-penat pergi travel pergi ke seluruh Malaysia ajar Al-Quran pada orang-orang buta. Dulu dia menabur bakti menterjemah dan mengajar Al-Quran di Brunei. Matanya buta tapi boleh menghafal Al-Quran. Banyak buku barile dia buat untuk  orang-orang buta.

“Kini, walau diri kian dimamah usia, masih tak letih ajar Al-Quran pada orang-orang buta. Abah saya buta dari kecil. Sebab itu saya sensitif tengok orang buta kutip derma, jual tisu, nyanyi lagu tepi jalan. Apatah lagi kalau ada jenis yang menganjing OKU. Jadi saya cepat tersentuh,” tulisnya.

Tambah PU Amin lagi, ayahnya sering menjadi sumber kekuatan untuknya terus melakukan kerja-kerja dakwah.

“Abah saya suka travel sendiri. Dia sorang-sorang naik komputer, naik bas untuk dakwah. Bayangkan dengan tongkat si buta sebagai peneman, dakwah tetap berjalan. Tatkala dihina dikecam diri saya sebelum ini, mata yang tidak dapat melihat itu, menitiskan air mata. Pesannya “Lumrah Dakwah” ada pedih sedikit.

“Tapi alhamdulillah ada mama yang kuat, adik beradik yang membantu. Semoga abah dapat melihat kami satu keluarga di akhirat kelak,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian PU Amin tersebut.

Allahu, hebat sungguh keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah untuk bapa PU Amin ini! Semoga perjalanan hidupnya sentiasa diberkati dan diberikan ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.

IKLAN