Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin amat sinonim sebagai seorang Muslimah yang cantik dan senyuman manis beserta lesung pipitnya itu.
Lantas, suaminya, Fadzil Zahari turut mendoakan agar isterinya itu mengekalkan imej sedemikian (berhijab).
“Ya Allah Ya Tuhanku teruskan istiqomah dalam diri kami…
“Teruskan istiqomah dalam diri isteriku agar kekal berhijab walau apa cabaran menimpa, walau aku masih ada atau sudah tiada di dunia ini… amin,” tulis Fadzil.
Penyanyi remaja, Ismail Izzani mengakui ada cuba untuk menghubungi rakan artisnya, Haqiem Rusli berhubung sekeping foto viral yang menyaksikan seorang lelaki baring sekatil dengan seorang wanita yang dikatakan mirip kepada penyanyi berkenaan baru-baru ini.
Katanya, dia sendiri terkejut dan tidak sangka gambar sedemikian boleh wujud dan mulai tular menerusi Twitter.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Bidadari itu percaya individu tersebut bukanlah Haqiem seperti yang disangka sesetengah pihak.
“Berkenaan dengan tersebut, saya melihat ramai yang cuba mencari kesalahan, lebih-lebih lagi selebriti. Bukan saya seorang yang pernah lalui, tetapi ramai lagi.
“Malah saya sendiri pun akan ada banyak perkara yang perlu lalui selepas ini. Harapnya rakan-rakan dalam industri yang sama lain lebih berhati-hati insyaAllah dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai isu gambar tular berkaitan Haqiem Rusli lagi, Ismail menjelaskan agak jarang menghubungi Haqiem.
“Saya tidak tahu kesahihannya dan saya sendiri jarang untuk hubungi dia. Jadi saya tak boleh nak cakap sama ada ia betul atau pun tidak.
“Sebab saya sebagai orang tengah atau netizen sendiri bila dapat tahu benda tu saya terkejut dan harap bukan dia.
“Saya pun dapat gambar tu menerusi Twitter dan kemudian sudah tentu saya terkejut sebab saya sendiri tak sangkalah akan ada gambar sedemikian. Saya hanya harap itu bukan dia,” jelasnya.
Namun selepas foto tersebut mulai viral, penyanyi muda terbabit ada cuba untuk menghubungi Haqiem.
“Saya sendiri cuba untuk hubungi Haqiem bagi mendapatkan kepastian tapi dia mungkin perlukan masa sendiri kot. Tapi bagi saya itu bukan dia kot, insyaAllah,” kongsinya lagi.
Dalam perkembangan lain, Ismail kini sedang sibuk menyiapkan projek album sulungnya yang dijangka akan berada di pasaran pertengahan tahun ini.
“Lima buah single terdahulu turut akan dimasukkan di dalam album berkenaan dan selebihnya merupakan lagu baru.
“InsyaAllah ikutkan perancangan album sulung saya itu nanti akan mempunyai 10 atau 12 buah lagu,” akhiri Ismail yang turut tersenarai sebagai Top 20 bagi kategori Artis Baru MeleTop di Anugerah MeleTop Era 2019.
Memuat naik sebuah video di laman sosial anaknya, Baem Adham, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa tertekan gara-gara fotonya disalahguna oleh scammer untuk mengaut keuntungan.
Ulas Aliff, dia tidak bersalah dan tiada kaitan dengan kegiatan haram tersebut, namun kecewa apabila ada yang menuduhnya sebagai perompak.
“Saya pening, saya tertekan. Saya tak salah apa-apa. Kenapa kau orang suka-suka nak bank in duit ratus-ratus ribu lepas tu nak kata, aku curi duit orang, aku rompak duit orang.
“Aku cari duit halal. Meniaga betul-betul, lepas tu kata aku merompak, aku ni mencuri. Apa kau ingat aku ni tak reti cari duit.”
Telah membuat laporan polis bagi melindungi diri, kata usahawan ini, dia akan memfailkan saman RM10 juta kepada pihak terlibat.
“Aku scammer? Bukan. Itu orang lain. Orang guna nama aku. Lepas tu korang nak report polis, nak saman aku. Haa, sekarang ni aku pun report polis juga.
“Saya report polis kepada anda yang gunakan nama saya, scammer-scammer tersebut, saya akan saman anda. Dan saya telahpun hantar kepada lawyer suruh saman anda bernilai RM10 juta.
“Ramai orang dah tertipu. Bukan dua tiga ribu, tapi tertipu ratusan ribu.
“Korang kat luar jangan salahkan saya, jangan nak tag saya dekat FB.
“Itu bukan saya punya bisnes. Saya hanya jual AS Legacy. Saya dah buat sales puluh-puluh ribu, juta-juta,” ulasnya yang terpaksa menggunakan laman Instagram anaknya selepas video yang dimuatnaik telah dilaporkan dan dipadam oleh Instagram.
Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 yang disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Lagu yang dipersembahkan secara duet oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah itu membawa hadiah wang tunai RM50,000 selain trofi.
Lagu Bunga pula meraih tempat kedua yang didendangkan Ara Johari, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.
Tempat ketiga dengan hadiah RM20,000 dan trofi pula dimenangi lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Samsiri yang dinyanyikan Misha Omar.
Penyanyi dari Kelantan itu turut diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan RM12,000.
Persembahan Terbaik pula disandang Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu.
Sufian menerima RM12,000 dan seunit telefon pintar kamera kuad, Samsung Galaxy A9. Persembahan terbaik turut mengambil undian penonton menerusi www.xtra.com.my/ajl33 sebanyak 50 peratus.
AJL33 kali ini dihoskan Sherry Al Hadad dan Alif Satar serta turut diserikan dengan persembahan selingan dari Search, Ismail Izani, Nabila Razali dan ramai lagi.
AJL31 terbitan TV3 juga boleh ditonton melalui portal Tonton atau menerusi YouTube TV3Malaysia.
Anugerah berprestij ini menampilkan SAMSUNG GALAXY A9 – Pertama Di Dunia, Telefon Pintar Kamera Kuad dan KFC – Sedap Hingga Menjilat Jari sebagai penaja bersama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!