“Waktu Macam Ni Dia Luangkan Masanya Dengan Sang Pencipta,” – Rakan Record Video Haqiem Rusli Mengaji Quran Tengah Malam

Share

Beberapa hari lalu, posting seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun
@sapiksam_ mendapat perhatian wargamaya.

Apa tidaknya, lelaki terbabit ada berkongsi potongan video pendek yang merakamkan penyanyi remaja, Haqiem Rusli yang sedang membawa ayat suci Al-Quran di keheningan malam.

“Tengah lena diulit mimpi, ingat kan apa yg terang td pastu ada bunyi org mengaji. Toleh2 adui segan rasanya.

“Waktu mcm ni dia luangkan masa nya dgn sang pencipta, Allahu. sorry @HaqiemRusli, record senyap2,” tulisnya. 

Malah, perkongsian tersebut turut dikongsikan kembali menerusi akaun Zayan.my dan sehingga kini, ia sudah pun mendapat lebih 20,000 kali tontonan.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi positif terhadap penyanyi tersebut yang seharusnya dijadikan contoh buat golongan muda.

Haqiem sebelum ini turut mendapat pujian ramai apabila difahamkan akan cuba untuk menutup aurat para peminat sebelum memuat naiknya di media sosial.

Foto: Twitter & Instagram Sapiksam

IKLAN