Pelawak dan hos, Ajak Shiro berkongsi memori tak ternilai dari isteri, Nur Afifah binti Amin sewaktu diberitakan pemergian pendakwah terkenal, Ustaz Ismail Kamus.
Cerita si isteri, sewaktu dia berusia tujuh tahun, dia pernah bertemu Allahyarham Ismail Kamus yang pada ketika itu arwah sedang menyampaikan ceramah di daerah Kluang.
Jelasnya, masih segar dalam ingatan akan keperibadian arwah yang pandai mengambil hati kanak-kanak dan turut diajak berbual.
“Isteri saya bersedih dengan berita pemergian Allahyarham Ustaz Ismail Kamus.
Ads
“Ketika isteri saya kecil, waktu itu dia berusia 7 tahun, isteri saya pernah bertemu Beliau.
“Ustaz ceramah di daerah Kluang waktu itu. Isteri saya diriba dan bersembang dengan beliau. Pandai ambil hati kanak-kanak.
“Segar dalam ingatan Isteri saya hingga hari ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama insan yang beriman dan ketika kita kehilangan insan seperti ini, sememangnya itu adalah musibah bagi kita.
Terdahulu, pendakwah terkenal dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat turut menzahirkan rasa selain memberi penghormatan terakhir buat pendakwah terkenal negara itu. Al-Fatihah.
Foto : Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha meluahkan rasa rindu kepada nenek dan datuknya di Kuantan, Pahang kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri.
Hal tersebut kerana mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan iaitu pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Langit berkenaan turut berharap agar datuk dan neneknya berada dalam keadaan baik dan sihat.
“My angels, jauh di mata, dekat di hati. harap mak (nenek) & atok sihat dan senang kat kampung Kuantan.
“Cha rindu sangat. brb im gonna go cry again,” tulisnya.
Pelakon, Fattah Amin meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan ramadan yang mulia bersama yang tercinta.
Menurut Fattah, sambutan puasa tahun ini sangat istimewa buat dirinya meski sedikit berbeza akibat penularan wabak Covid-19.
Selain itu, pelakon berusia 29 tahun ini memberi anggapan setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersendiri.
“Syukur Alhamdulillah. Ramadhan yang cukup istimewa tahun ini walaupun kita semua di uji dengan Covid-19 tapi kita semua di beri kesempatan meluangkan masa yang banyak bersama keluarga.
“Solat jemaah bersama keluarga, sahur, berbuka, teraweh bersama yang mungkin selama ini kita jarang berpeluang untuk tunaikan bersama.
“Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kejayaan pasti menunggu kita semua InshaAllah.
“Bagaimana dengan Ramdhan anda setakat ini?,” tanya Fattah.
Bakal bergelar bapa tidak lama lagi, Fattah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fazura yang kini sedang hamil 4 bulan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram Fattah Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas muncul dengan single sulung berjudul Sinar lebih dua tahun lalu, kini penyanyi remaja, Megat Rahim melancarkan single terkininya, Sudahlah hasil ciptaaan sepenuhnya dari Chubb-E.
Jika Sinar mempunyai elemen pop Jazz, lagu terbarunya kini pula mengetengahkan genre raggae yang diselitkan eleman Latin.
Megat atau nama lengkapnya, Megat Abdul Rahim Abdul Razak akui, genre itu memberikan cabaran baru buatnya dan berharap ia mampu menonjolkan lagi sisi lain dalam dirinya sebagai penyanyi.
“Diakui pada awalnya saya sukar buat keputusan sama ada nak menyanyikan lagu ini atau tidak. Sebab ia genre yang jauh berbeza daripada lagu pertama dan bukan muzik saya.
“Tapi, sebagai penyanyi saya perlu mencuba genre lain sekali gus ingin menjadi penyanyi yang versatil. Insya-Allah, akan datang saya nak mencuba muzik Hip Hop pula,” katanya.
Sudahlah yang dilancarkan dua bulan lalu kini sudah mula dimainkan stesen radio utama negara dan meyakini jika lagu itu dapat diterima baik peminat muzik tanah air.
“Alhamdulillah, saya difahamkan beberapa radio utama sudah mainkan lagu ini dan masuk carta lagu. Saya dimaklumkan oleh ‘family’ iaitu panggilan kepada peminat saya.
“Mereka sentiasa kemaskini dan ‘tag’ di IG setiap kali lagu ini diputar. Tentu saja saya berasa sangat teruja.
“Malah, saya berharap lagu ini akan hit dan terus mendapat tempat. Sekali gus, orang akan mengenali saya menerusi lagu ini,” katanya.
Berkongsi mengenai lagu tersebut lagi, Megat tidak menafikan ia agak sukar untuk dirakam pada peringkat awal.
“Genre ini pertama kali saya nyanyikan. Ternyata ia bukan mudah. Ia lain daripada sebelumnya dan susah nak tangkap.
“Tapi, saya enjoy dan cuba yang terbaik. Pertama kali rakam, ia ambil masa 4-5 jam. Kemudian, saya berehat seminggu sebab menduduki SPM.
“Selepas itu, baru saya rakam kali kedua. Alhamdulillah, saya puas hati dengan hasilnya dan tidak menjangka berjaya menyanyikan genre ini,” katanya.
Sama seperti kebanyakan penyanyi baru lain, Megat Rahim juga berharap dan meletakkan sepenuh keyakinan terhadap lagu itu bagi membawa kerjayanya maju ke hadapan.
“Macam dikatakan, saya sentiasa mencuba benda segar. Dalam pada yang lain muncuk dengan lagu sedih, sebaliknya pula menjadi pilihan saya.
“Saya jenis yang suka dengan lagu yang mudah didengar. Kalau boleh saya taknak terlalu terikut.
“Saya nak orang faham muzik dan jiwa. Sebab itu saya memilih pop jazz sebagai muzik saya. Ia juga diinspirasikan daripasa ibu bapa saya yang menyukai muzik jazz,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Megat Rahim juga membuka akaun Instagram baru, @megatrahim28 selepas akaun lama digodam.
Megat Rahim yang juga bekas pelajar di Sekolah Menengah Bandar Utama menjadikan penyanyi Bruno Mars, Michael Buble, Stevie Wonder dan Hael Husaini sebagai idola.
“Dua dua bulan lepas saya pernah pegang gitar dan mencuba cari melodi. Rentak sudah ada, tapi belum ada ‘passion’ tulis lirik sendiri.
“Saya belum yakin ke arah itu. Mungkin ia ambil masa sedikit,” katanya.
Megat juga berkongsi, dia bersedia untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian bagi mencabar diri sebagai penyanyi.
“Saya pernah pergi menghadiri sesi uji bakat Big Stage musim pertama. Tapi, saya tak lepas sebab umur baru 16 tahun.
“Tahun ini mungkin tak ada peluang, jadi saya nak mencuba tahun depan pula. Saya okay untuk bertanding dan sedia untuk menyanyikan apa saja jenis lagu,” katanya panjang lebar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...