“Waktu Hari Lahirku, Tuhan Ingatkan Mengenai Melalui Detik Ini…,” – Luqman Hafidz

Share

Awal semalam, pelakon Luqman Hafidz ada memuat naik ‘nota ingatan’ buat diri sendiri bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada 14 April lalu.

Katanya, ketika diri sedang sibuk berkarya pada tarikh hari jadi, ketika itulah Dia mengingatkan dirinya mengenai kematian.

“Waktu diri rasakan konon nya sedang sibuk berkarya, sewaktu hari lahir ku , tuhan ingat kan mengenai kematian melalui detik ini.

“Itu karya yg maha agung,” tulisnya.

Pada masa sama, bintang Ola Bola itu turut berterima kasih terhadap semua ucapan serta kepada mereka yang mendoakan.

Terima kasih kepada semua yg mendoakan. Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya,” kongsi Luqman sambil disusuli dengan tanda palang #diayangkucinta #gangaries.

Foto: Instagram Luqman Hafidz

IKLAN