Ads

Wakil Mexico Raih Gelaran Miss Universe 2025, Malaysia Gagal Tembus Kedudukan Top 30

Pertandingan Miss Universe 2025 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, pagi tadi telah menobatkan wakil Mexico, Fátima Bosch, sebagai juara dan berjaya mengalahkan lebih 119 peserta yang lain.

Kemenangan itu mengukuhkan lagi kedudukan Mexico sebagai antara negara yang sering menyerlah dalam pertandingan ratu cantik dunia, apabila Fátima menjadi wanita keempat dari negara tersebut yang berjaya mengangkat mahkota Miss Universe ke tanah airnya.

Fátima mengungguli kedudukan teratas, diikuti oleh Praveenar Singh dari Thailand sebagai naib juara pertama, manakala tempat ketiga menjadi milik wakil Venezuela, Stephany Abasali.

Wakil Mexico Raih Gelaran Miss Universe 2025, Malaysia Gagal Tembus Kedudukan Top 30

Ads

Dua peserta lain yang turut melakar pencapaian tersendiri dalam kelompok lima terbaik ialah Ahtisa Manalo dari Filipina di tempat keempat serta Olivia Yacé dari Côte d’Ivoire yang menamatkan saingan di tempat kelima.

BACA JUGA: Nadeen Ayoub Catat Sejarah, Dinobat Miss Universe Palestine 2025

Pentas akhir edisi ke-74 ini turut menarik perhatian umum apabila beberapa insiden mencetuskan perbualan sebelum kemuncak acara berlangsung, termasuk dakwaan berlaku teguran terbuka terhadap Fatima sehingga menimbulkan kurang senang dalam kalangan beberapa peserta lain.

Ads

Bagaimanapun, acara tetap diteruskan secara teratur dan profesional sehingga detik penyampaian mahkota disempurnakan, sekali gus menutup tirai pertandingan dengan penuh tertib.

Pada pertandingan tahun ini, daripada 120 peserta keseluruhan, hanya 30 peserta terbaik yang mara kepusingan seterusya sebelum dikecilkan lagi menjadi top 12 dan seterusnya top 5.

Ads

Wakil Mexico Raih Gelaran Miss Universe 2025, Malaysia Gagal Tembus Kedudukan Top 30

Sementara itu, wakil Malaysia, Chloe Lim gagal menempatkan diri dalam kelompok 30 peserta terbaik sekaligus tidak berjaya mengulangi pencapaian Sandra Lim pada tahun lalu. Setakat ini Malaysia hanya pernah 2 kali sahaja berjaya mara ke peringkat separuh akhir iaitu pada 1970 dan 2024.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.