Wajah ‘Tak Makan Tua’, Maya Karin Sambut Ulang Tahun Ke-40 Di Bali, Ramai Yang Kagum!

Share

Pelakon dan penyanyi, Maya Karin gembira apabila menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 tahun semalam.

Memilih lokasi di Noku Beach House, Bali, Indonesia, sebagai destinasi sambutan, bintang filem Munafik 3 bersama rakan-rakan merakam video penginapan mereka berhadapan dengan pantai.

Malah, pemilik nama penuh Maya Karin Roelcke ini turut berkongsi foto di sekitar Bali bersama rakan-rakannya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata menitip ucapan hari jadi kepada pelakon itu.

Foto/Video : Instagram Maya Karin

IKLAN