Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri memanjatkan rasa syukur apabila anaknya, Humairah dinobatkan sebagai pelajar terbaik di sekolahnya di Australia.
Menurut Shuhada, anaknya itu bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah pencapaian kokurikulemnya turut berada di tahap membanggakan.
“Pelajar terbaik JLC (1/78). Wahai anakku Humairah, ibu bangga dengan kamu. Bangga dengan pencapaian akademik, kokurikulum dan adab kamu.
“Dengan senyuman dan akhlak kamu, ibu bangga dengan kamu wahai anak. Tahniah,” tulisnya.
Perkahabaran tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahata mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Ads
Menerusi hantaran sama, Shuhada turut berkongsi video saat anaknya itu menerima sijil dan pengiktirafan sebagai pelajar cemerlang di sekolahnya.
Malah, Shuhada juga berkongsi momen lucu yang memaparkan reaksi anaknya saat menerima anugerah yang disampaikan oleh guru besarnya.
Ads
“Dia sorang sahaja salam guru besar dia dengan dua tangan and cium tangan, dan guru besar dia pun macammm ‘awwww’,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Shuhada dan anak-anak kini menetap di Melbourne, Autralia sejak setahun yang lalu.
Ads
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada
27 Julai 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Filem pendek bertajuk Anak Omputeh arahan pengarah muda, Darwish Syahmi, mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemenang Hadiah Utama BMW Shorties 2025, selain merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Shorties pada edisi ke-19 program berprestij berkenaan.
Kejayaan tersebut menjadikan Darwish, pelajar dari Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya, sebagai pengarah pertama yang memenangi kedua-dua anugerah utama dalam tahun yang sama, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam landskap perfileman pelajar dan penciptaan kandungan digital di Malaysia.
Filem Anak Omputeh yang diinspirasikan daripada pengalaman peribadi pengarahnya mengisahkan perjalanan Lan, seorang anak muda Melayu yang kembali ke kampung halaman ayahnya selepas membesar di luar negara selama lima tahun.
Kepulangan itu mempertemukan Lan dengan pertembungan budaya dan cabaran untuk menyesuaikan diri dalam suasana tradisional yang terasa asing, sebelum akhirnya menemui makna persahabatan dan rasa kebersamaan.
Karya tersebut turut menyentuh pengalaman golongan Generasi Budaya Ketiga (Third Culture Kids) menerusi penceritaan yang jujur, ringan dan menyentuh emosi, sekali gus berjaya menawan hati penonton. Filem berkenaan juga dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pilihan Penonton selepas meraih undian tertinggi daripada orang ramai.
Pada usia 20 tahun, Darwish Syahmi telah membina asas kreatif yang kukuh melalui pengajiannya di Fakulti Seni Sinematik MMU Cyberjaya.
Antara karya terdahulunya termasuk Kapak (2023) yang dicalonkan di Mini Film Festival Sarawak, filem eksperimental FORYOU32GODSAVEOURCHILDREN (2023) yang dicalonkan di Taylor’s University Film Festival 2024, serta mini dokumentari Kintsugi (2024) yang memenangi tempat naib juara di Echo Film Fest: The Sequel.
Mengulas kemenangannya, Darwish menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang amat bermakna, selain mengakui karya itu lahir daripada pengalaman peribadi sebagai individu yang berdepan dengan isu penyesuaian semula budaya.
“Walaupun kami tidak bercakap dalam bahasa yang sama, kami masih boleh bersatu melalui bahasa universal iaitu kebaikan dan belas kasihan.
“Saya amat berterima kasih kepada barisan pelakon dan kru yang memberi kepercayaan kepada karya ini, dan kepada BMW Shorties kerana memberikan peluang kepada pencipta daripada kalangan pelajar untuk tampil di platform berprestij ini.
Memenangi kedua-dua Hadiah Utama dan Anugerah Pelajar Terbaik Shorties telah memberikan saya keyakinan untuk membawa minat ini lebih jauh lagi, dan saya teruja untuk terus menghasilkan karya yang jujur serta berakar pada pengalaman orang Malaysia,” ujarnya.
Sebagai pemenang Hadiah Utama, Darwish menerima geran produksi bernilai RM50,000 bagi merealisasikan projek seterusnya, selain sebuah telefon pintar OPPO Find X9 Pro sumbangan OPPO Malaysia.
Panel juri yang terdiri daripada tokoh industri perfileman tempatan dan antarabangsa memilih Anak Omputeh atas kekuatan penceritaan dan penerokaan identiti budaya yang disampaikan secara sensitif dan tulus. Antaranya termasuk Nadiah Hamzah, Saw Teong Hin, Zan Azlee serta pelakon veteran, Fatimah Abu Bakar.
Kejayaan Anak Omputeh turut mencerminkan tema BMW Shorties 2025, ‘New Dimensions’, yang menggalakkan peserta melangkaui penceritaan konvensional dan meneroka perspektif baharu secara berani, selari dengan komitmen berterusan BMW Group Malaysia dalam memupuk bakat kreatif tempatan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Damian Mikhail menyeru rakan-rakan komposer lain untuk meletakkan harga sewajarnya bagi setiap karya yang dihasilkan.
Menurutnya, sudah sampai masa pemain industri bersatu agar bidang penciptaan lagu tidak lagi dipandang enteng.
“Mulai 2026, warga produser-produser muzik industri harus set kos pembikinan lagu single yang minima adalah RM10,000 ke atas.
“Sama-samalah sepakat set harga. Jangan jadi pengemis industri lagi. Naikkanlah martabat produser lagu,” tulisnya.
Saranan itu dikongsikan sendiri oleh bekas anggota kumpulan VE berkenaan menerusi hantaran di aplikasi Thread.
Damian turut mempersoalkan tindakan segelintir komposer yang didakwa sanggup menurunkan harga tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap perkembangan industri muzik tanah air.
“Kalau ada yang main harga, terpulanglah dekat depa. Itu jenis-jenis memang sampah industri.
“Murahan sampai bila-bila. Lama-lama nanti depa akan tau juga kesan buang harga ni,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Damian menegaskan, menaikkan harga karya bukan satu tindakan melampau, sebaliknya ia menunjukkan penghargaan terhadap usaha dan idea para komposer.
“Tiada salah pun letak harga tinggi pada nilai kita. Kita kerja keras bertahun-tahun untuk kaya. Bukan untuk cukup-cukup makan. Semoga bermanfaat,” ujarnya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredir Foto: Instagram & Thread Damian Mikhail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Datuk Ramli MS memuji semangat juang yang ditunjukkan oleh penyanyi, Nubhan yang berjaya menyampaikan lagu Bukan Lagi Kita dengan baik seterusnya menduduki tangga pertama di konsert minggu ke-9 GV12.
Menurut Ramli, pada malam tersebut, Nubhan telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara meskipun nyanyiannya teruk dikritik sepanjang sesi latihan berlangsung.
“Nubhan memang menunjukkan banyak peningkatan. Dia merupakan seorang pejuang. Selama tiga hari, Nubhan tak berhenti kena maki dengan saya ketika rehearsal.
“Saya memang tak bagi peluang walaupun dia merupakan pelajar saya. Tiada istilah anak emas di sini. Namun, semangat juangnya layak dipuji.
“Ketika latihan pada hari Sabtu, saya nampak dia semakin bagus. Sudah tentu saya gembira. Namun, ia perasaan yang tak boleh saya nak tunjukkan.
“Mana-mana peserta pun saya bagi layanan sama rata. Apa yang mereka rasa tak cukup, bagitahu sahaja dan saya akan ikut. Nubhan seorang yang keras kepala, suka melawan dan bekerja keras. Hasilnya terbukti malam ini,” katanya kepada MH.
Maestro muzik itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas berakhir konsert minggu ke-9 GV12 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Katanya lagi, sepanjang sesi latihan, dia terpaksa menggunakan teguran keras bagi memastikan Nubhan dapat menyampaikan lagu tersebut dengan cara dan teknik yang betul.
“Banyak perkara yang dia selalu leka. Nyanyi ikut suka dan tak cukup penghayatan. Bila kita bagi data-data tentang persembahan, dia akan terima dan belajar.
“Kerana itu saya anggap Nubhan ini merupakan peserta yang sanggup bekerja keras,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ramli turut mengulas lanjut mengenai penyingkiran Krisya di konsert minggu ke-9, malam tadi.
Menurutnya, lagu Hening Rindu itu dikatakan terlalu besar untuk dibawakan oleh Krisya kerana julat vokalnya amat berbeza.
“Ini merupakan keputusan yang dibuat mengikuti majoriti pihak juri. Seperti apa yang Hetty Koes Endang katakan, Krisya mengalami penurunan daripada aspek teknikal dan penghayatan.
“Lagu Hening Rindu itu juga terlalu berat buat Krisya. Walau dia menyanyi dalam keadaan sihat sekali pun, agak susah untuk dia menyampai lagu itu kerana range vokalnya jauh berbeza. Ibarat hujung dunia ke hujung dunia.
“Kita sudah cuba untuk turunkan key dan lagu itu menjadi agak kelam. Secara tidak langsung ia menyukarkan cara nyanyian. Pernafasan juga kurang cukup. Automatik pitching akan menurun.
“Itupun saya sudah tukar banyak aspek termasuklah teknik ‘pause’ agar Krisha boleh ambil nafas. Namun, tak nafikan lagu itu memang agak berat,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nubhan berjaya mengekalkan momentum cemerlang apabila meraih markah tertinggi sebanyak 74.50%.
Sementara itu, Krisha pula terpaksa akur apabila nyanyiannya pada minggu ini gagal menambat hati juri seterusnya memperoleh markah tercorot iaitu 54.50%.
GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
Program ini juga boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit dari rumah produksi Jaja Ishak Channel (JIC), Jaja Ishak bakal menjalankan penggambaran sebuah filem pendek bersempena Aidilfitri tahun ini, selepas kejayaan pelancaran lagu...