Categories: Uncategorized

“Wah, Kecik-Kecik Dah Pakai Channel,”- Gambar Fazura Ketika Usia 12 Tahun Undang Perhatian, Comelnya!

Share

Hari ini, pelakon dan penyanyi, Nur Fazura ada memuat naik foto terbaru di Instagram miliknya.

Entri tersebut menunjukkan pelakon itu sedang berkongsi gambar zaman kanak-kanaknya ketika berusia 12 tahun.

“Sunday humor. Nur Fazura, aged 12. Model katanya. Masa ni belum kenal @kfbongmakeup dan @ckayliow . ? Thanks for the pic! @corrinahjabdul ,” tulisnya

Gambar tersebut telah menerima hampir 100,000 tanda suka malah turut dibanjiri lebih 1000 komen daripada netizen tidak sampai dua jam gambar tersebut dimuat naik.

Di ruangan komen rata-rata netizen berasa kagum selain menyifatkan Fazura sudah sememangnya cantik semenjak kecil lagi.

Wah, ternya kecantikan yang dimiliki Fazura ini sememangnya sudah terserlah semenjak usia kanak-kanak lagi. Mungkin perkara tersebutlah yang membuatkan Fattah Amin jatuh hati kepada pelakon tersebut.

Foto: Instagram Nur Fazura

IKLAN