Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Kongsi hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu, dia memaklumkan dirinya bersikap sayang sama rata terhadap kesemua pelakon yang pernah berkerjasama dengannya.
Difahamkan, Sheila sebelum ini menjalinkan hubungan baik bersama pelakon Alif Satar, Remy Ishak, Ayda Jebat dan Ozylynn.
“Alippp ke.. Remy ke.. AJ ke..Ozlynn ke.. Jojo ke..wa sayang sama rata.
Ads
“Petik jer nak makan apa, kepala migraine nak terbelah dua pun wa masak.
“Korang sayang wa 1 x wa balas sayang korang 10 x der,” tulis Sheila sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar.
Berfalsafah menggambarkan kehidupan sebagai air kopi kosong tanpa gula, ulas Sharnaaz Ahmad, dugaan dalam hidup sebenarnya banyak manfaat.
Malah ada kalanya kita rindukan kepahitan dan hikmahnya kemanisan yang hadir lebih bermakna.
“Hidup ni macam kopi o kosong tanpa gula.. Pahit likat, nak telan pun senget muka.. tapi bila dah selalu telan, rasa rindu dgn pahit itu.. begitulah kehidupan.
“Dugaan yg pahit sebenarnya banyak manfaat.. Jadi lebihkan pahit dalam kehidupan, supaya bila kemanisan yg hadir nanti lebih bermakna.. happy weekend sahabat hamba yg mulia semua,” tulisnya.
Rapper dan usahawan, Caprice meluahkan rasa syukur kerana sudah pun selesai mengerjakan ibadah umrah.
Malah, Caprice turut berkongsi beberapa momen bermaknanya saat berada di tanah suci.
“Alhamdulillah just completed umrah. One thing this trip has taught me is to jaga solat no matter what.
“Jujur, caprice jarang sampai masjid awal kalau dekat KL. Kat sini… kita yang kejar azan siap sampai awal just to make alot doas and reflect on life. Maafkan kami.
“Goodbye Makkah for now.. im otw to visit our Rasullulah in Medina,” tulisnya menerusi salah satu posting di Instagram.
Perkongsian tersebut nyata menerima reaksi yang pelbagai di kalangan para pengikutnya.
Menerusi posting sama, Caprice memaklumkan dirinya akan meninggalkan Mekah dan akan mengunjungi makam Rasulullah SAW di Madinah.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.