Bagi mereka yang lahir pada tahun 80 an dan 90 an tentu biasa dengar lagu Zombie dan Linger yang dinyanyikan kumpulan The Cranberries.

Lagu tersebut juga seperti wajib dinyanyikan anak muda di pusat-pusat karaoke.

Vokalis Utama The Cranberries Meninggal Dunia

Pagi tadi, dunia dikejutkan dengan kematian mengejut vokalis utama kumpulan tersebut, Dolores O’Riodan, 46 tahun di London. Mendiang berada di sana untuk merakam lagu.

Doktor mengesahkan punca kematiannya sebagai mengejut.

IKLAN

Vokalis Utama The Cranberries Meninggal Dunia

Dalam pada itu, kematiannya diratapi peminat serta namanya turut menjadi trending di laman twitter.

IKLAN

Rata-rata menyifatkan bahawa satu lagi bakat besar telah pergi meninggalkan kita semua.

Vokalis Utama The Cranberries Meninggal Dunia Vokalis Utama The Cranberries Meninggal Dunia Vokalis Utama The Cranberries Meninggal Dunia

IKLAN

Sementara itu, dengan kematian mengejutnya juga membuatkan jualan cd kumpulan tersebut melonjak naik.

Jumlah tontonan lagu Zombie dan Linger juga turut meningkat di Youtube.

MH turut bersedih dengan pemergian vokalis hebat tersebut, lagipun MH suka sangat dengan dua lagu kumpulan tersebut.

Sumber: The Sun/ BBC

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI