“Vokal Terbaik AJL Ni Bergabung Suara,” – Datuk A Aida Gandingkan Hafiz Suip & Ernie Zakri, Ramai Tak Sabar!

Share

Baru-baru ini, pengarah dan penulis lirik terkenal, Datuk A Aida ada berkongsi momen ketika menjalani rakaman lagu terbaru untuk penyanyi Hafiz Suip dan Ernie Zakri.

Kongsi Aida, dia telah mengandingkan kedua-dua penyanyi ini untuk sebuah lagu single terbaru berjudul Berakhirlah Pencarianku.

Dalam pada itu, Aida memaklumkan lagu ini bakal menjadi lagu tema untuk drama bersiri Kisah Cinta Kita yang bakal bersiaran di slot Akasia, TV3 mulai 24 Jun hadapan.

“Masa recording kita dah berangan ke AJL36, doakan semua syg2ku

Lagu:Berakhirlah Pencarianku

Penyanyi @hafizsuip @erniezakri

Ciptaan: @ikhwanfatanna dan Wan Salleh Lirik:Dato A.Aida.

“Lain mcm je bila 2 vokal terbaik Ajl ni bergabung suara utk lagu tema drama akasia Kisah Cinta Kita yg akan ditayangkan pada 24june nanti, meremang je bulu roma.

“Memang suara mereka ni anugerah Allah yang terindah. @novamusicmy @rocketfuelent

#berakhirlahpencarianku#kisahcintakita#ajl36#aaidaproduction,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja untuk menantikan serta mendengarkan lagu single tersebut.

Foto: Instagram Datuk A.Aida

IKLAN