Baru-baru ini, pengarah dan penulis lirik terkenal, Datuk A Aida ada berkongsi momen ketika menjalani rakaman lagu terbaru untuk penyanyi Hafiz Suip dan Ernie Zakri.
Kongsi Aida, dia telah mengandingkan kedua-dua penyanyi ini untuk sebuah lagu single terbaru berjudul Berakhirlah Pencarianku.
Dalam pada itu, Aida memaklumkan lagu ini bakal menjadi lagu tema untuk drama bersiri Kisah Cinta Kita yang bakal bersiaran di slot Akasia, TV3 mulai 24 Jun hadapan.
“Masa recording kita dah berangan ke AJL36, doakan semua syg2ku
Lagu:Berakhirlah Pencarianku
Ads
Penyanyi @hafizsuip @erniezakri
Ciptaan: @ikhwanfatanna dan Wan Salleh Lirik:Dato A.Aida.
“Lain mcm je bila 2 vokal terbaik Ajl ni bergabung suara utk lagu tema drama akasia Kisah Cinta Kita yg akan ditayangkan pada 24june nanti, meremang je bulu roma.
Ads
“Memang suara mereka ni anugerah Allah yang terindah. @novamusicmy @rocketfuelent
Pengacara, Datuk AC Mizal melihat program realiti terbaru, All Together Now Malaysia dalam dua sisi positif menerusi perspektif dirinya.
Ini kerana, ia sekurang-kurangnya mampu memberikan keceriaan buat mereka yang ketika ini mungkin terkesan dengan situasi yang berlaku dalam negara ketika ini.
Jelas AC lagi, rancangan ini bukan sahaja membuka pintu rezeki buat para selebriti dan kru-kru yang terlibat tetapi juga buat mereka yang ingin mengubah kehidupan.
“Ada dua aspek kita perlu lihat di dalam program ATNM ni. Pertama sekali adalah penglibatan daripada semua artis-artis dan tenaga kerja.
“Daripada kru yang hidangkan makanan sehinggalah yang menyempurnakan segala hal, sekurang-kurangnya mereka masih ada pekerjaan pada waktu sukar ini.
“Yang kedua pula, Astro sememangnya akan menayangkan pelbagai rancangan baru sebagai hiburan buat mereka yang berada di rumah. Kita tetap perlukan hiburan untuk sentiasa positif,” katanya kepada MH.
AC yang bakal bertindak selaku kapten juri ini turut berpendapat, program berkonsepkan hiburan amat diperlukan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga.
“Kalau kita sentiasa disajikan dengan berita-berita yang negatif, kita bukan sahaja boleh murung, tetapi kita tidak boleh untuk meneruskan kehidupan secara normal.
“Kerana ketika ini, inilah norma baru. Walaupun suasananya tidak seperti yang dahulu, sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan segala tekanan,” katanya pada sidang media program tersebut yang dijalankan secara virtual, pada Selasa.
Pada masa sama, dia juga berasa amat teruja kerana program seumpama ini telah membuka ruang buat orang di luar sana untuk mengubah nasib mereka.
Program ‘ATNMY’ merupakan adaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together
Now’ dari dari United Kingdom terbitan BBC One.
Keunikan utama program ‘ATNMY’ yang dikendalikan oleh Sherry Al Hadad selaku hos ini terletak kepada jumlah juri profesional dan peserta yang besar, iaitu seramai 50 juri tetap dan hampir 250 jumlah keseluruhan peserta untuk musim pertama ini.
Konsert mingguan ‘ATNMY’ pula akan bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Ini dia, 50 juri tetap yang terdiri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara, personaliti media sosial dan sebagainya.
1. Dato’ AC Mizal(Ketua Juri)
2. Syamel
3. Ernie Zakri
4. Mark Adam
5. Noryn Aziz
6. Erra Fazira
7. Tuju [K-Clique]
8. Siti Nordiana
9. Zizan Razak
10. Tabby [Dolla]
11. Khai Bahar
12. Zizi Kirana
13. Jaclyn Victor
14. Linda Nanuwil
15. Andi Bernadee
16. Bob Yusof
17. Nana Mahazan
18. Shiha Zikir
19. Sissy Imann
20. Chubb-e
21. Mimi Fly
22. Aina Abdul
23. Ifa Raziah
24. Sarah Suhairi
25. Catriona Ross
26. Azzam Sham
27. Dafi Ismail
28. Ara Johari
29. Azira Syafinaz[DeFam]
30. Liza Hanim
31. Yusuf Bahrin
32. Angel [Dolla]
33. Joey Daud
34. Acong
35. AzfarHeri
36. Yaya Zahir
37. Kelly Azman
38. Jad Lobo
39. Harith Zazman
40. Kaka Azraff
41. Haniff Hamzah [ERA]
42. Falyq Hikyle [SINAR]
43. Ean [HITZ]
44. Suresh [RAAGA]
45. Alvin Chong
46. Daniel Cheang
47. Vanessa Reynauld
48. Neeta Manisha
49. Thanuja
50. Kidd Santhe
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Model dan hos, Ain Edruce sebelum ini menerima reaksi pelbagai warganet di media sosial selepas memuat naik fotonya yang memakai seluar meski baru seminggu bersalin anak pertama.
Menerusi resksi yang diberikan warganet, ada yang mendakwa Ain seolah-olah tidak jaga pantang dengan betul walaupun tujuan asal dirinya keluar adalah untuk membawa bayinya membuat pemeriksaan di hospital.
Terkini menerusi Instagram, Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce menulis kapsyen dengan memaklumkan dia ke hospital sebagai rutin pemeriksaan anaknya pada hari ke-10 berpantang.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...