Kalau kita lihat zaman sekarang ni memang mudah sesuatu perkara untuk jadi viral.

MH tak nafikan, kadang-kala ada bagusnya kuasa viral ini namun ada juga yang rasanya tidak wajar untuk diviralkan.

Berikutan terlalu banyak isu yang berlaku kini, penyanyi, Atilia Haron turut memuat naik satu gambar di laman Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen IG tersebut, selamat untuk MH simpulkan bahawa Atilia memerli netizen yang suka sangat perkara viral ini.

“Sudah-sudahlah dengan isu Zouk, viralkan I pula ‘please‘.

“Minta-mintalah penuh kelas kejap lagi,”tulisnya.

‘Viralkan I Pula Please’- Atilia Tayang Tatu

Gambar tersebut menunjukkan Atilia sedang berada di Gim dengan berpakaian sukan.

IKLAN

Apa yang menarik perhatian adalah kelihatan ada tatu di bahagian badannya yang terdedah.

Bagaimanapun, jika melihat di ruangan komen, tatu tersebut hanya ‘photoshop’ sahaja.

Hebat kan mata netizen ni, perasan je bila ‘tatu’ tersebut hanyalah ‘photoshop’ dan ada juga yang meninggalkan komen kecaman terhadapnya.

IKLAN

‘Viralkan I Pula Please’- Atilia Tayang Tatu ‘Viralkan I Pula Please’- Atilia Tayang Tatu

Dalam pada itu, aktress, Nad Zainal turut tidak ketinggalan meninggalkan komen mengatakan bahawa ‘kapsyen itu win’.

Pada MH, isu tatu ini agak sensitif pada umat Islam, mungkin niat Atilia ingin bergurau namun belum tentu netizen boleh menerimanya.

IKLAN

Apa-apapun, MH rasa Atilia hanya bergurau je tu jadi netizen pun janganlah emosi sangat ye.

Sumber:IG Atilia

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI