Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ada berkongsi sebuah video istimewa sempena ulang tahun perkahwinannya bersama isteri, YM Che Puan Khaleeda Bustamam.
Video berdurasi 60 saat itu mengandungi kompilasi gambar dan luahan hati Tunku Ismail terhadap isterinya itu.
Video tersebut telah dimuat naik di akaun Twitter milik Tunku Ismail.
“Happy Anniversary My Lady. I Love You Always,” tulisnya.
Menurut Tungku Ismail, mengahwini Che Puan Khaleeda adalah keputusan paling tepat dalam hidupnya selain menyifatkan isterinya itu ada jawapan bagi segala doanya selama ini.
Di ruangan komen, netizen turut mendoakan kebahagiaan pasangan pasangan diraja tersebut dan turut mengucapkan tahniah diatas kebahagiaan selama empat tahun bergelar suami isteri.
Foto: Twitter TMJ