Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ada berkongsi sebuah video istimewa sempena ulang tahun perkahwinannya bersama isteri, YM Che Puan Khaleeda Bustamam.

Video berdurasi 60 saat itu mengandungi kompilasi gambar dan luahan hati Tunku Ismail terhadap isterinya itu.

Video tersebut telah dimuat naik di akaun Twitter milik Tunku Ismail.

IKLAN

“Happy Anniversary My Lady. I Love You Always,” tulisnya.

IKLAN

Menurut Tungku Ismail, mengahwini Che Puan Khaleeda adalah keputusan paling tepat dalam hidupnya selain menyifatkan isterinya itu ada jawapan bagi segala doanya selama ini.

Di ruangan komen, netizen turut mendoakan kebahagiaan pasangan pasangan diraja tersebut dan turut mengucapkan tahniah diatas kebahagiaan selama empat tahun bergelar suami isteri.

IKLAN

[VIDEO]”You’re The Answer Of My Prayers,”- TMJ Luah Perasaan Sempena Ulang Tahun Perkahwinan, Sweetnya! [VIDEO]”You’re The Answer Of My Prayers,”- TMJ Luah Perasaan Sempena Ulang Tahun Perkahwinan, Sweetnya!Tunku Ismail selamat diijabkabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober, 2014 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah dan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tungku Ismail.

Foto: Twitter TMJ

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI