Categories: Uncategorized

[VIDEO]”Ya ALLAH, Sedapnya…,”- Bila DS Siti Nurhaliza Puji Ernie Zakri Berqasidah

Share

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan pujian menggunung terhadap Ernie Zakri yang menyahut cabaran #QasidahChallenge hari ini.

Dia juga turut memohon agar Ernie cepat-cepat membuat album irama tradisional.

“Ya Allah … sedapnyaaa.. cepatla buat album tradisional dik,” tulisnya.

Sebelum ini, MH difahamkan bahawa Ernie menyahut cabaran penyanyi, Hael Husaini untuk melakukan #QasidahChallenge ini untuk lagu Siti bertajuk, Anta Permana.

“Assalamualaikum semua. Saya menyahut cabaran @haelhusaini untuk #QasidahChallenge Anta Permana. Saya ingin mencabar @aisyaah_aziz , wanita merdu bersuara lemak nan tinggi lampai Pssssttt : @ctdk , follow back itew pwish, hiks,” tulisnya.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang memuji keenakan suara Ernie mengalunkan qasidah tersebut.

Malah, ada juga yang memberikan cadangan agar Siti dan Ernie berkolaborasi menghasilkan lagu irama tradisional bersama-sama.

Selain Ernie, antara artis lain yang menyahut cabaran #QasidahChallenge adalah Wany Hasrita, Khai Bahar dan Ajak Shiro.

Foto/Instagram: CTDK & Ernie Zakri

IKLAN