Jika lagu-lagu semasa kini didominasi dengan lagu balada yang mendayu-dayu, Wany Hasrita nampaknya mengatur langkah seni dengan cara tersendiri apabila cuba dari keluar zon selesanya dengan mempersembahkan single baru Irama Malaysia, Ewah Ewah. Lagu yang cukup catchy itu dicipta komposer terkenal Pak Ngah dan lirik Siso.

Dilihat menepati selera ramai, muzik video lagu berkenaan telah pun tersenarai sebagai antara lima muzik video teratas yang sedang trending di Malaysia, meski hanya dimuat naik empat hari lalu.

[Video]”Tak Perlu Bandingkan Dengan Siti” – Reaksi Netizen Untuk Lagu Irama Malaysia Wany Hasrita Yang Dah Trending!

IKLAN

Ditonton lebih 600,000 kali setakat ini, rata-rata pendengar turut memuji langkah berani penyanyi wanita itu yang cuba untuk kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu Irama Malaysia. Tidak kurang, ada juga yang cuba membandingkan cara nyanyian Wany dengan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

[Video]”Tak Perlu Bandingkan Dengan Siti” – Reaksi Netizen Untuk Lagu Irama Malaysia Wany Hasrita Yang Dah Trending!

IKLAN

Nah, buat yang masih belum dengar, ini dia naskhah muzik terbaru daripada Wany Hasrita, selepas sukses dengan single terdahulu, Rintihan Rindu. Enjoy!

IKLAN

Foto: Instagram Wany Hasrita

https://www.youtube.com/watch?v=gBYBzoIglfg

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI