Roslan Shah semalam tampil mempertahankan penyanyi asal Singapura, Hady Mirza yang ditangkap baru-baru ini atas kesalahan disyaki berkaitan dadah.

Menerusi Instagram dan FB, Roslan meminta agar netizen berhenti membuat spekulasi dan menghormati perasaan ahli keluarga penyanyi itu.

“Walaupun dia sudah berhenti menyanyi, Hady Mirza pemenang Singapore Idol dan Asian Idol. Tolong jangan aibkan keluarga dia dan masukkan di Facebook (FB) anda untuk memalukan dia pasal kesnya itu.

“Anda tahu ke dia salah atau tidak salah?, so janganlah cakap yang bukan-bukan tentang diri dia. Awas ya, sesiapa fitnah Cik Lan sunatkan korang nanti ya.

“Awas…Dia seorang yang baik dan hormati kepada sesiapa saja, solat pun tak pernah tinggal . Cik Lan selalu berjumpa dia semasa berniaga bersama-sama di Singapore Expo.

“Ibunya sangat baik dan isterinya orang Johor (JB) pun sangat humble, warning kepada anda di luar sana tolong delete pic dia dan pic yang melalui keluaran di Akhbar ( Suratkhabar ) anda post di FB.

Tolong Delete, tolong menhormati keluarga dia ya. Tak payah nak post-post kat FB motif nak aibkan org ya.

“Bangang. #share3… #Lovelovelove Hady Mirza, Cik Lan tetap di belakang Hady ya….Aminn…doakan yg baik baik ya… #KauNakAibkanOrang,” tulisnya.

View this post on Instagram

Walaupun dia sudah berhenti menyanyi….Hady Mirza Pemenang Singapore Idol dan Pemenang Asian Idol….Tolong jgn aibkan keluarga dia dan masukkan di FB anda untuk memalukan dia pasal kes dia…Anda tahu ke dia Salah atau tidak Salah ? …so jgn lah cakap yang bukan bukan tentang diri dia ….Awas ya…Sesiapa Fitnah Cik lan sunatkan korang nanti ya ….Awasssss…Dia seorang yang baik dan hormati kepada sesiapa saja….solat pun tak pernah tinggal …Cik lan selalu berjumpa dia semasa berniaga bersama sama di Singapore Expo…Ibunya sangat baik dan isterinya orang Johor – JB pun sangat humble….Warning kepada anda di luar sana tolong delete pic dia dan pic yg melalui keluarandi Akhbar ( Suratkhabar ) anda post di FB ….tolong Deleteeeee…tolong menhormati keluarga dia ya….Tak payah nak post post kat fb motif nak aibkan org ya…Bangangggg…. #share3… #Love3… Hady Mirza cik lan tetap di belakang Hady ya….Aminn…doakan yg baik baik ya… #KauNakAibkanOrang #AkuSunatkanKauNanti

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on

IKLAN

Sebelum ini, laporan akhbar Singapura, The New Paper, ada sumber mendakwa melihat penyanyi itu di Kompleks Penjara Changi sekitar sebulan lalu namun sebab sebenar penangkapannya masih tidak diketahui.

IKLAN

Hady atau nama sebenarnya, Muhammad Mirzahady Amir pernah merangkul gelaran Asian Idol pada tahun 2007 menewaskan juara program realiti nyanyian Idol di sekitar Asia, termasuk Jaclyn Victor.

IKLAN

Testing ….dah ada org follow cik lan fans page baru ….hehehehe #share3…#Love3… Roslan Shah

Posted by Roslan Shah Fans on Monday, 30 July 2018

Foto: Instagram Roslan Shah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI