[VIDEO]”Nanti Kau Sakit Aku Bawa Geng Kompang,”- Ziarah Puteri Balqis Tapi Macam Tak Ada Adab, Dikecam Gara-Gara Buat Bising & Rakam Video ‘Privacy’

Share

Beberapa hari lepas, sebuah portal hiburan telah memuat naik video yang memaparkan sekumpulan individu datang untuk menziarahi pelakon cilik, Puteri Balqis.

Bagaimanapun, kehadiran kumpulan individu berkenaan telah menimbulkan kemarahan netizen apabila mereka dilihat seperti mengambil kesempatan diatas situasi tersebut.

Meskipun mahu menyampaikan sumbangan, individu tersebut telah bertindak memaparkan keadaan Balqis yang sedang terlantang dan tidak bermaya.

Individu tersebut dilihat seperti meninggikan suara sewaktu merakam video menerangkan keadaan Balqish.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berang malah menyifatkan tindakan individu tersebut seperti tiada adab.

Terdahulu, Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Television Asia ke-19 itu dilaporkan mengalami masalah kesihatan tidak menentu sejak akhir tahun lalu dan sering dimasukkan ke hospital.

Video: Facebook Rotikaya

IKLAN