Uncategorized

[VIDEO]”Comel Perangai Anak Syurga Ni,”- Ajak Makan Bersama, Telatah Azal & Azil Jentik Jiwa Netizen

Share

Pelakon, Zarina Zainddin ada berkongsi video telatah anak istimewanya Azal dan Azil di laman Instagram.

Video tersebut memaparkan Azil mengajak abangnya Azal untuk makan malam bersama dan tidak mahu diganggu oleh ibunya.

“Makan bersama tak boleh kacau. Quality time together,” tulisnya.

Video tersebut telah menerima lebih 300,000 tontonan setakat ini dan turut dihujani komen pujian daripada netizen.

Rata-rata netizen sebak melihat telatah remaja tersebut kerana seperti semua sedia maklum Azal dan Azil sering tidak diletakkan bersama kerana bimbang  mereka akan bergaduh.

Allahu, comel sungguh telah mereka berdua ini. MH doakan, semoga keluarga Zarina Zainudin sentiasa memperoleh kebahagian di dunia mahupun akhirat.

Foto: Instagram Zarina Zainudin

IKLAN