(VIDEO) Ziela Jalil Kongsi Majlis Tahnik Cucu. Dedah Nama Indahnya, Tun Alayna Zeeya Binti Dziya Faqhran

Share

Menjelang hari ketujuh kelahiran, Datuk Ziela Jalil ada berkongsi video sekitar majlis tahnik cucunya, Tun Alayna Zeeya oleh pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin.

Menerusi video yang dimuat naik, menantunya, Dziya Faqhran Mahmod Fauzi dilihat memakai persalinan hitam sambil membantu Habib Ali melakukan tahnik.

“Alhamdulillah Yaa Rabb🙏 Jazakallah khairan kathira Habib Ali Zaenal Abidin utk TAHNIK Baby Tun Alayna Zeeya Binti Dziya Faqhran💖💖💖 #harike7#SyukurYaaAllah #MyBundleOfJoy#cucunendayangsolehah🎀,

” tulisnya.

Terdahulu, Dr. Puteri Julia Nabilah yang merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.

Malah, Ziela turut memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis baby shower anaknya, beberapa hari sebelum kelahiran.

Foto : Instagram Ziela Jalil

IKLAN