Pereka fesyen terkenal Shanell Harun meneruskan ilham rekaan kreatifnya dalam penghasilan busana menerusi pertunjukan fesyen ‘A Decade of Wows & Veils Shanell Harun yang mengetengahkan 32 persalinan tradisional dan moden khusus buat wanita di luar sana.
Secara eksklusif, helaian tersebut diperagakan di Diamond Ballroom EQ Hotel, Kuala Lumpur, Oktober lalu.
“Semuanya tentang perjalanan saya selama 10 tahun di dalam dunia reka fesyen, merakam kembali jatuh bangun selain menghargai pelanggan dan klien yang setia bersama sejak hari pertama jenama ini muncul sampailah sekarang.
“Tanpa mereka, label Shanell Harun itu sendiri tidak akan sukses sehingga ke hari ini. Saya percaya, kerjasama yang baik akan membawa kepada kepercayaan yang berterusan. Terima kasih juga kepada rakan media yang turut sama membantu.
“Besar harapan saya agar sokongan ini berterusan sampai bila-bila. Masing-masing saling memerlukan, jadi inilah dedikasi yang saya cuba terjemahkan setelah sedekad berada di dalam industri,” katanya.
Lebih istimewa, ‘showcase’ kali ini turut membawakan kolaborasi bersama barangan kemas XFox Jewels.
“16 persalinan bertemakan tradisional ini adalah 100% couture dan fabrik yang digunakan kebanyakannya French Lace, shiffin, jorjet, sutera dan songket, dihiasi dengan aksesori barangan kemas daripada jenama berkenaan.
Ads
“Saya kira ini rezeki apabila pengasasnya iaitu Datuk Suhaila Semaru dan Datuk Suraya Semaru berminat untuk melakukan projek istimewa ini lalu tercetuslah idea dalam penghasilan koleksi ‘Puteri Tujuh XFox Jewels by Shanell Harun’.
“Saya ambil cabaran dengan turut mereka barangan kemas untuk koleksi ini yang mana ia hadir dengan lapan rekaan edisi terhad yang berharga di antara RM35,000 hingga RM55,000 satu set. Untuk malam inj, apa yang dipamerkan berharga hampir RM1 juta keseluruhan.
“XFox Jewels juga baru sahaja membuka cawangannya di Subang Bestari, Shah Alam dan pastinya ini masa terbaik untuk memperkenalkan jenama ini ke depan. Sebab kita sedia maklum bahawa fesyen dan aksesori itu tidak dapat dipisahkan,” katanya.
Mengambil inspirasi kembali ke akar umbi, pemilihan nama koleksi ‘Puteri Tujuh XFox Jewels by Shanell Harun’ dilihat tepat memandangkan pengasasnya berasal dari Terengganu.
Sementara itu, 16 helaian moden pula seperti biasa membawa ‘DNA’ Shanell Harun yang malar segar dan ‘evergreen’ khusus buat wanita bercitarasa.
Ads
“Tempoh masa 10 tahun membuatkan saya lebih matang dalam berkarya dah sudah tahu apa ‘singature’ kita dalam penghasilan. Tiada istilah untuk bereksperimental namun masih cuba untuk penuhi permintaan pelanggan tanpa meminggirkan ‘trademark’ Shanell Harun itu sendiri.
“Jadi pastinya koleksi moden kali ini banyak kita bermain dengan renda yang terdiri daripada French Lace, sutera yang dilapisi pada bahagian dalam untuk keselesaan si pemakai dan twrul Dutchess.
“Lebih dua bulan masa yang diambil untuk menyiapkan 32 koleksi baharu pada malam ini dan lebih bermakna apabila para jemputan di barisan hadapan turut sama mengenakan persalinan Shanell Harun.
“Terharu dan berbesar hati apabila rakan selebriti yang memang setia dengan jenama ini turut hadir memberikan sokongan misalnya Ziana Zain, Kilafairy, Ernie Zakri dan Syamel dan Zizi Kirana,” katanya.
Ads
Shanell Harun juga sebelum ini sinonim menghasilkan persalinan indah buat Allahyarhamah Rohana Jalil, Maya dan Siti Sarah.
Dalam pada itu, penampilan bintang terkenal Ziana Zain turut mencuri perhatian, lebih-lebih apabila sedutan videonya yang menyanyikan lagu Empat Dara secara spontan oleh Zizi Kirana menerima lebih sejuta tontonan di Facebook Media Hiburan.
Persembahan memukau daripada pasangan Ernie dan Syamel juga turut sama menjadi sorotan, apatah lagi vokal emas keduanya mengiringi model yang berjalan di atas pentas.
Bekas suami pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob menghargai setiap ucapan baik yang telah diberikan semua, susulan pengumuman mengenai perpisahannya dengan aktres itu, siang tadi.
Raff menerusi Insta Stories menjelaskan, banyak persoalan telah diberikan kepadanya mengenai hal yang berlaku namun dia mohon diberikan ruang.
Raf bagaimanapun akan berkongsi sebarang perkembangan di saluran Telegram, selepas ini.
“Thank you so much for all the kind words. I appreacite it so much.
“So many questions been asked and you guys wants me to answer. I can’t do it now. Berikan Raf masa dan tunggu dalam Telegram Raf for the updates ok?,” tulisnya.
Terdahulu pada Khamis, Mawar dan Raf mengesahkan mereka memilih jalan untuk berpisah.
Dalam satu kenyataan, keduanya memberitahu mereka sepakat untuk membawa haluan masing-masing kerana tiada persefahaman.
Malah, fokus mereka kini juga adalah untuk anak-anak dan akan berbincang tentang hak penjagaan bersama.
Spekulasi keretakan rumah tangga Raf dan Mawar mula menjadi bualan sejak Rabu selepas satu sumber mendedahkan pasangan ini perlu ke mahkamah syariah.
Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Komposer terkenal, Aubrey Suwito akui kurang mengerti obsesi segelintir peminat muzik dengan gelaran penyanyi nombor satu negara.
Menurut Aubrey, muzik sepatutnya diraikan dan bukannya menjadi alat pengukur untuk menunjukkan siapakah yang lebih bagus.
“Kenapalah kita obses sangat tentang siapa nombor satu? Siapa kisah? Ia merupakan muzik. Bukannya sukan. Bukan politik,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pencipta lagu Gemilang itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi X (dahulunya Twitter).
Katanya lagi, seseorang penyanyi itu akan tetap disanjung sekiranya mereka mempunyai karya dan kualiti kerja yang baik.
“Pemenang tak dapat apa pun. Bila saya suka sesuatu lagu atau artis, nombor 99 pun okay sahaja. Sebab saya yang nak enjoy.
“Kalau kerja bagus, nak letak nombor apapun kita tak peduli,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut selain turut berharap agar trend seperti ini dapat dihentikan.
“Saya setuju. Ada kalanya peminat terlalu fanatik.
“Segelintir peminat adalah toksik. Nikmati sahaja muzik itu dan jalani hidup seperti biasa.
“Ini adalah fakta tetapi memerlukan masa dan kebijaksanaan untuk diterapkan dalam kehidupan.
“Semua benda korang nak compare. Nasi kandar pun nak compare. Enjoy je la kepelbagaian,” antara komen-komen netizen di X.
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial selepas beberapa kelab peminat penyanyi terkenal didakwa ‘berperang mulut’ bagi membuktikan artis kesayangan mereka adalah yang terbaik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...