[VIDEO] Wow! Sedap Sungguh Dayang Menyanyikan Lagu Jampi, Netizen Memuji!

Share

Penyanyi Hael Husaini telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.

Menariknya, video tersebut memaparkan rakan duetnya, Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu ciptaan Hael bertajuk Jampi.

“I could listen to this All day #haelhusaini #dayangnurfaizah #jampi #haelers” tulisnya.

Lantas, video tersebut menjadi perhatian peminat pasangan duet ini kerana Dayang menyanyikan lagu Jampi yang pernah dijulang sebagai Juara Lagu tidak lama dulu.

Rata-rata netizen memuji Dayang dan turut tehibur apabila melihat adegan spontan yang kelakar daripada Hael dalam video berkenaan.

Alahai, kelakar betul tengok pasangan duet ini hingga boleh dikatakan ‘perfect match’ betul!

Untuk rekod, pasangan duet ini telah menjuarai Anugerah Juara Lagu 33 menerusi Haram.

Video : Instagram Hael Husaini

IKLAN