Terbaru, telah tersebarnya sebuah video di laman media sosial Twitter dan kelihatan figura di dalam video tersebut dikatakan iras Idris Khan.
Video yang berdurasi 9 saat itu kelihatan figura tersebut sedang merakam dirinya ketika tidak berbaju dan seperti tayang kemaluannya.
Ads
Lantas netizen memberikan komen dan mengatakan figura didalam video itu mirip Idris Khan.
Ads
Sebelum ini, Idris Khan pernah menjadi perbualan netizen suatu ketika dahulu apabila foto sensasi yang kelihatan seperti Pelakon dan model bersama seorang penyanyitersebar di laman media sosial.
Sehingga kini, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Idris Khan mengenai isu terbabit.
Ads
Video : Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti, Kamal Adli tidak menyangka apabila dia tersenarai bagi dua kategori iaitu kategori Pelawak MeleTOP dan Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP 2019 (AME2019).
Kamal ketika ditemui selepas Malam Eksklusif Memperkenalkan barisan Top 20 AME2019 di program MeleTOP.
“Saya pun tak tahu sebenarnya saya tercalon bagi dua kategori iaitu Pelawak MeleTOP dan Hos MeleTOp. Saya tak sangka saya masuk lagi kategori itu (Pelawak MeleTOP) tahun ni.
“Adakah saya ni lawak orangnya? Tapi saya anggap ni semua rezeki Allah bagi kan untuk dua kategori,” kata Kamal kepada MH.
Bagaimanapun, Kamal mengharapkan bahawa dia tercalon bagi kategori Pelakon MeleTOP, tetapi andaiannya tersasar jauh.
“Sebenarnya saya nak juga tercalon bagi kategori Pelakon MeleTOP sebab saya dalam bidang lakonan agak lama iaitu selama 10 tahun, tapi lain pulak kategori yang saya dapat,” katanya secara berseloroh.
Menariknya, tahun ini, Kamal tercalon sebagai Hos MeleTOP.
“Kalau macam dulu, saya tercalon sebagai kategori Pelawak MeleTOP dan tak sangka pulak tahun ni ada juga kategori baru iaitu Hos MeleTOP,” kata Kamal terkejut.
“Kategori Hos MeleTOP adalah perkara baru bagi saya dan ni semua rezeki,” tambah Kamal Lagi.
Selepas menjadi antara individu terawal yang menginap di villa bawah air, The Muraka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Island Oktober tahun lalu, Neelofa sekali lagi diberi kesempatan secara eksklusif untuk mengisi masa di resort mewah Jumeirah Al Wathba, Abu Dhabi pula.
Difahamkan, hos MeleTOP dan usahawan ini menjadi antara individu terawal yang menginap di lokasi serba mewah itu selama 5 hari 4 malam selepas dijemput khas bagi menjayakan suatu projek istimewa.
Ketika pelancaran resort tersebut, Neelofa dikatakan turut diperkenal dengan pemilik resort, H.E. Sultan Al Humairi minggu lalu.
Menyediakan layanan kelas pertama, resort berkenaan menjadi antara lokasi menarik terkini yang serba eksklusif di Abu Dhabi.
Jom tatap beberapa foto Neelofa saat menginap di resort berkenaan.
Foto: Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terbaru pengacara Jihan Muse atau sinonim dengan panggilan Jihan telah memuat naik satu video dengan memberi ucapan selamat hari jadi kepada Neelofa di akaun Instagram miliknya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...