Jika sebelum ini Keke Challenge dari penyanyi Siti Sarah menjadi tular kerana ditinggalkan suami ketika sedang asyik menari, terbaru versi dari Fasha Sandha turut mendapat perhatian serupa.

Bukan ditinggalkan si perakam, tetapi ramai yang terhibur kerana sebelum sahut cabaran tersebut, Fasha sempat berkata meski dirinya sudah tua, namun dia tetap cuba buat tarian sebagaimana yang menjadi fenomena kini.

Menerusi ruangan kapsyen, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini memaklumkan, dia sahut cabaran serta menunaikan permintaan daripada para pengikutnya.

IKLAN

“Betul ke perempuan umur 34 tahun tak boleh buat #kekechallenge? Ibu sahut cabaran dan permintaan followers untuk buat suka2,” tulis Fasha yang tampak anggun kala menari dengan mengenakan baju kurung moden rona merah jambu.

Pada masa sama, pelakon drama rantaian, Teratai Kemboja ini juga turut mengakui tangkah tariannya agak kelaut dan sekali lagi mengingatkan bahawa apa yang dilakukan hanyalah sekadar suka-suka sahaja.

IKLAN

“Walaupun step kelaut, tapi layankan je k. Just for fun…,” kongsinya sambil disertakan dengan tanda palang #kekechallengemalaysia #inmyfeelingschallenge.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 1.6 juta kali bersama komen pelbagai netizen. Ada yang kata Fasha tampak sopan dan cute!

IKLAN

Foto/Video: Instagram Fasha Sandha

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155799508308435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI