Uncategorized

[Video] Viral Kerana Tiru Suara Sajat, Lelaki Ini Memang Berbakat!

Share

Zaman sekarang ni kan, apa sahaja orang buat mesti jadi viral. Kadang- kadang MH terfikir juga senangnya nak jadi popular ni kan?

Kalau dulu, nak jadi selebriti bukan main susah, tapi sekarang, banyak dah kita dengar instafamous lah, youtuber lah, vloggers lah. Asal buat benda pelik sikit, mudah nak ‘naik’.

Baru-baru ini, MH tertarik dengan satu video Motif Viral yang memanggil seorang lelaki yang dikatakan boleh meniru suara Nur Sajat.

Rasanya korang semua tahu kan yang Sajat baru-baru ini ada berkolaborasi dengan Jutawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman untuk lagu ‘Abang Nak Tegur’.

Bila MH lihat video nyanyi lelaki yang dikenali sebagai Fizo Azwan itu, memang sebijik suara Sajat.

Selain suara Sajat, Fizo juga boleh meniru suara karakter kartun Doraemon.

Kalau korang tak percaya, MH kongsi video nyanyian Fizo tersebut dibawah.

 

Sumber: Motif Viral

IKLAN