Uncategorized

[VIDEO] Viral Jemaah Masih Khusyuk Dirikan Solat, Kekal Disaf Meski Kawasan Sekitar Dilanda Gempa Bumi

Share

Satu video yang menyaksikan seorang imam bersama beberapa makmumnya yang kekal menyempurnakan solat meski pada ketika itu, kawasan yang mereka diami sedang diduga dengan gempa bumi.

Detik berkenaan yang terakam menerusi kamera CCTV beberapa hari lalu menyentuh hati ramai, apatah lagi pada ketika itu mereka sedang melakukan solat berjemaah.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di daerah Denpasar, Bali Musholla As-Syuhada Blk dan para jemaah bersama imam sedang melakukan solat Isyak. Meski berlaku bencana dengan impak yang kuat, mereka kekal khusyuk di saf masing-masing.

Dapat didengari juga, alunan ayat Kursi diulang sebanyak tiga kali dari Imam.

Untuk rekod, gempa bumi yang melanda Lombok berukuran 7.0 pada skala Richter pada 5 Ogos lalu itu turut mengorbankan lebih 90 orang, dengan ribuan perumahan dan struktur bangunan musnah di kawasan sekitarnya.

 

IKLAN