Satu video yang menyaksikan seorang imam bersama beberapa makmumnya yang kekal menyempurnakan solat meski pada ketika itu, kawasan yang mereka diami sedang diduga dengan gempa bumi.

Detik berkenaan yang terakam menerusi kamera CCTV beberapa hari lalu menyentuh hati ramai, apatah lagi pada ketika itu mereka sedang melakukan solat berjemaah.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di daerah Denpasar, Bali Musholla As-Syuhada Blk dan para jemaah bersama imam sedang melakukan solat Isyak. Meski berlaku bencana dengan impak yang kuat, mereka kekal khusyuk di saf masing-masing.

IKLAN

Dapat didengari juga, alunan ayat Kursi diulang sebanyak tiga kali dari Imam.

IKLAN

Untuk rekod, gempa bumi yang melanda Lombok berukuran 7.0 pada skala Richter pada 5 Ogos lalu itu turut mengorbankan lebih 90 orang, dengan ribuan perumahan dan struktur bangunan musnah di kawasan sekitarnya.

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI