Kandungan video kreatif yang dilakukan pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Hada menerusi ‘playlist’ Villa Hajat seringkali mencuit hati pengguna platform sosial berkenaan.

Hada melakukan aksi lakonan semula dengan menggabungkan klip usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat yang kononnya mereka sebagai teman serumah

Bagaimanapun, paling mencuri perhatian menerusi posting yang dilakukan lebih seminggu lalu apabila Sajat akhirnya memberikan reaksi terhadap video yang pernah dihasilkan Hada sebelum ini.

Menurut sajat, dia ada melihat video yang dihasilkan dan berterima kasih atas konten serta ingatan.

“Dia kata dia housemate Sajat semua bagai tu. Bila saya tengok balik saya jadi tergelak. Bila saya tergelak saya macam… tengok balik video-video yang lain, saya happy. Thank you so much,” katanya.

Klip tersebut dikongsikan semula Hada menerusi lakonan dia akan ‘meninggalkan’ Sajat kerana menyambung semester baru pengajian.

IKLAN

Sekaligus, ia menerima reaksi pelbagai wargamaya.

Ada yang mengucapkan tahniah kepads Hada yang mampu menarik perhatian penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu dan tidak kurang yang luahkan rasa sayu mengenangkan situasi yang dilalui Sajat.

Ini antara komen yang diberikan menerusi posting tersebut;

“Sajat sunyi…jauh dari kawan-kawan dan keluarga. Sedih pulak la weeeiii.”

IKLAN

“Awak dah buat dia happy, tahniah.”

“Sometimes kita tak sedar content kita boleh buat orang lain happy secara mendalam, it made their day & make them less pain to survive during hard times.”

“Sedihnya smpai di hati. Walaupun Sajat macam tu tapi dia tetap manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Semoga satu hari pngakhiran yang terbaik buat Sajat.”

“Sajat appreciated awak Hada.”

IKLAN

“Omg, Sajat betul-betul appreciate terharunya. Semoga dapat sembuh sedikit luka terpendam di hati @Nursajat23 lepas tengik video kak Hada ni.”

“Serius, sangat touching. Saya pun nangis tau.”

“Dia rindu Malaysia sangat dah tu.”

Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima lebih 700,000 tontonan bersama 53,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI