Bagaikan tidak putus-putus memberi kejutan buat si suami, Beby Tora kali ini telah menghadiahkan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR atau dikenali YSuku kepada imamnya, Apit Johari.
Momen indah itu dikongsikan pemilik nama penuh Atierah Zulfatie di Instagram miliknya.
“Alhamdulillah berjaya juga surprisekan suami ..hehe tngok dia snyum ja spanjang hari tu pun dh buat kita snyum happy juga.
“Terima kasih encik syurga cari rezeki halal untuk jaga saya dngn baik .balik kerja pnat2,still layan bini nak mkan kat luar la ,nak tngok wayang la.
Ads
“Macam2 karenah 😭 asyek suami ja bagi rantai emas la apa la ,ni time isteri pulak bagi hadiah kat suami ❤takda la mampu hadiah kereta ..mampu hadiah Ysuku. alhamdulillah rezeki lebih boleh la hadiah. Tq encik suami slalu layan isterimu dngan baik dn tq syangkan isterimu seikhlas hati,” tulis Beby Tora sambil merakam reaksi suaminya itu.
Pelakon Uqasha Senrose telah pun meraikan hari jadinya yang ke-27 tahun bersama ahli keluarga tersayang.
Mendapat pelbagai ucapan positif dari peminat tersayang, Uqasha turut dan ahli famili lainnya turut berkongsi foto sekitar sambutan.
Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu sempat meluahkan rasa syukur dengan nikmat usia diberikan selain mengucapkan berterima kasih buat semua yang mengucapkan dedikasi hari lahir.
“Alhamdulillah I’m another year older, wiser and more grateful. Thank you so much to everyone who took the time to wish me happy birthday, trust me each of you made my day more special.
“Family friends fans. My life is so blessed with some of the most amazing people. Thank you for being part of my journey,” tulisnya menerusi salah satu postingnya di Instagram
Lalu serentak dengan sambutan berkenaan, ahli keluarga yang turut terdiri daripada selebriti tempatan turut berkongsi foto sekitar dan pada masa sama, ramai yang memuji akan kecantikan ahli keluarga besarnya.
Dalam perkembangan lain, drama terkini lakonannya, Selepas Terlafaznya Akad rancak bersiaran menerusi Astro Ria menerusi slot Mega Drama. Ia merupakan sebuah drama dapatasi Novel Setelah Terlafaznya Akad karya Anna Milia.
Turut sama terlibat di dalam drama tersebut ialah Kamal Adli, Zeera Azizi, Erwin Dawson dan ramai lagi.
Foto: Instagram selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Reen Rahim ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim telah berkongsi ketika dia membuat rawatan ‘Acupuncture’ di bahagian wajahnya.
“Kalau nak cantik kena sihat dari dalam…nie reen ikhlas Share salah satu treatment yg reen akan buat every week. Tak ramai yang tau ttg acupuncture (sila google)
“Face & full body acupuncture – untuk kecantikan dalaman & luaran// beauty & health treatment for the inside out.
“Acupuncture promotes blood circulation
-Untuk face lifting, wrinkles, glowing skin, pigmentations, pimples, any other skin issues.
“Acupuncture helps your body to rejuvenate and promote natural healing – Bukan untuk kecantikan je tapi untuk kesihatan – Bantu untuk cepat pulih untuk kebanyakkan penyakit
Menjengah di ruangan komen pada gambar tersebut, rata-rata netizen berasa gerun apabila melihat pelakon bersiri Pujaan Hati Kanda itu sedang membuat rawatan tersebut.
‘Acupuncture’ merupakan sejenis rawatan perubatan tradisi mengunakan jarum yang diamalkan oleh kaum bangsa Cina.
Foto : Instagram Reen Rahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Peringatan yang cukup keras daripada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador buat semua ahli politik dalam berpilitik.
Perkongsian menerusi Instagram 501Awani itu berkisar kepada kekecohan yang timbul di kalangan ahli politik sehingga menyukarkan pihak polis memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat.
Ulas Abdul Hamid, disebabkan adanya politik tidak bertanggungjawab, pihak polis terpaksa berbelanja lebih semata-mata untuk menerbangkan anggota ke kawasan terbabit seterusnya mampu menghalang pihak polis daripada meningkatkan mutu dan servis perkhidmatan.
“Saya menyeru kepada ahli politik agar berpolitik di dalam kancah kalangan perimeter mereka sendiri. Jangan limpahkan keluar sehingga menyebabkan orang ramai rasa terbeban.
“Disebabkan apa yang berlaku, pihak kami Polis Diraja Malaysia terpaksa berbelanja lebih untuk kami menerbangkan anggota kami ke sana sini.
“Membuang masa dan saya meminta agar mereka supaya berpolitik dalam kalangan sendiri. Jangan sesekali membuat pakatan jahat. Saya tegas dengan kenyataan saya.
“Pihak polis perlukan masa untuk menumpukan kepada kerja. Kami berusaha meningkan integriti pasukan, integrity service delivery kepada orang ramai kerana itu adalah tanggungjawab kami. Namun apabila dibebakan kepada perkara remeh sebegini, ia mengaibkan dan tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...