[VIDEO] “Terpaksa Pasrah,”- Respon Ain Edruce & Tunang Bila Cuba Makanan Bayi, Kelakar Habis!

Share

Menerusi perkongsian video pelakon dan pengacara, Ain Edruce di Facebooknya, selebriti tinggi lampai itu ada memuat naik video bersama tunangnya, Amirul Hafiz yang sedang mencuba beberapa jenis makanan bayi (baby food).

Video tersebut dilakukan Ain bertujuan bagi menyahut cabaran yang tular di media sosial untuk memakan makanan bayi, khususnya dalam bentuk cecair.

Bagaimanapun, reaksi kedua-dua mereka bagaikan tidak boleh menerima makanan tersebut kerana dianggap kurang enak.

Video berdurasi hampir 12 minit itu dirakam Ain di dalam kereta.

Malah, video tersebut telah mendapat lebih 18,000 tontonan selepas dimuat naik bintang 30 Pesanan Suara itu beberapa jam lalu.

Sementara itu, rata-rata netizen terhibur dengan  perkongsian pelakon berusia 27 tahun itu.


Terdahulu, Ain,27, dan Amirul,26, mengikat tali pertunagan pada 22 Jun lalu dan menerima sebentuk cincin, selain sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.

Video : Facebook Ain Edruce

IKLAN