[VIDEO] “Tak Puas Berbakti Pada Ayah Lagi,”- Bapa DS Aliff Syukri Dikejarkan Ke Hospital, Serangan Jantung Dan…

Share

Sebentar tadi, bapa kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri  dikerjarkan ke hospital kerana disahkan serangan jantung tahap tiga dan paru-paru berair.

Aliff  juga sempat berkongsi video di Instagramnya yang memaparkan situasi pilu ketika berada di hospital.

“Doakan abah saya.. abah kena kuat saya tak puas berbakti pda abah. Syukri byk dosa dgn abah..

“Ya Allah….abah saya dtg ke rumah kelmarin cakap sesak nafas dah hampir 2 minggu di kampung toi x ada org hntar… .. x telefon x apa terus dia dtg…..lepas hantar ke hospital..

“Dr cakap abah saya kena serangan jantung stage 3 dan Paru2 penuh air….doakan segala nya dipermudahkan dan abah saya kembali sihat dah 2 minggu sakit katanya tapi dia kata ingat biasa2 je…

“Dia kalau boleh mmg x nak susahkab anak tapi kadang2 sikap dia tu membahayakan nyawa.. dia senyap sahaja di kampung dan bila saya tngok pelik saya bawa terus gi cekup di hospital..dan trus masuk icu..

“Nasib baik anak2 abah mampu kalau tak doctor kata mungkin akan jadi sebalikya,” tulis Aliff. 

Dalam pada itu, netizen juga mendoakan bapa Aliff, Kamarzaman agar cepat sembuh dan memberi kata-kata semangat buat Aliff sekeluarga.

MH turut mendoakan agar kesihatan bapa Aliff kembali stabil dan semoga dipermudahkan urusan.

Video : IG DS Aliff Syukri

IKLAN