[VIDEO] “Tak Boleh Lonjongkan Muka Tu Erk? – Macam Shoot Raya, Gelagat Sherry Al-Hadad Buat IC Baru. Lucu Giler!

Share

Pengacara, Sherry Al-Hadad ada berkongsi video yang perihal gelagatnya yang sedang bergambar untuk membuat kad pengenalan (IC) baru sebentar tadi.

Sherry tampak manis dan ayu mengenakan baju kurung berjalur biru-putih.

“Manakala nak buat IC baru je, gaya macam photoshoot hari raya.. terima kasih kakak kakak di JPN Jalan Duta,” tulis Sherry.

Selesai sahaja bergambar, Sherry ‘mengusik’ pekerja di situ supaya menyunting gambarnya agar wajahnya kelihatan lebih ‘panjang’.

“Tak boleh lonjongkan muka tu erk? Tak apalah yang penting nampak gigi. Better!,” kata Sherry berseloroh. 

Bagaimanapun, Sherry telah memadam video berkenaan dan MH sempat memuat naik video di Instagram Storiesnya.

Video : Instagram Sherry Al-Hadad

IKLAN