Juataan tahniah MH ingin ucapkan kepada Mat Dan atau nama sebenarnya Muhammad Kareef Daniel Abdullah, jejaka Inggeris yang fasih bertutur bahasa melayu dalam dialek Terengganu kerana baru sahaja menerima kejutan besar daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Mat Dan, menerima kejutan besar selepas Timbalan Perdana Menteri meluluskan statusnya sebagai Penduduk Tetap Malaysia di sebuah majlis perasmian pembukaan Ekspo Terengganu di Kompleks Sukan Negeri.

Melalui sebuah video yang dikongsikan sendiri oleh Mat Dan, dia kelihatan sungguh terharu dan jelas terpapar perasaan gembira diwajahnya ketika pengumuman tersebut dilakukan.

IKLAN

Pengumuman tersebut mendapat sorakan lebih 40,000 orang yang turut serta di majlis berkenaan.

IKLAN

Timbalan perdana menteri juga sempat mengusik Mat Dan untuk terus setia dengan isterinya yang juga merupakan anak jati Terengganu.

MH difahamkkan Mat Dan memenuhi segala kreteria dan syarat yang diperlukan seseorang untuk mendapatkan kelulusan Penduduk Tetap negara ini. Malah, sumbangan Mat Dan dalam menaikan serta mempromosikan negeri Terengganu juga telah diambil kira!

IKLAN

[VIDEO] Tahniah, Mat Dan Kini Sah Penduduk Tetap Malaysia!

Melalui laporan Berita Harian, Mat Dan memberitahu dia sangat bersyukur dengan pengumuman ini dan langsung tidak sangka dengan apa yang baru sahaja terjadi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI