[VIDEO] “Susah Nak Move On!,” – Mimi Lana Janji Ini Jadi Posting Terakhirnya Fasal Drama Cari Aku Di Syurga

Share

Awal semalam, pelakon yang sedang meningkat naik Mimi Lana ada berkongsi keratan video salah satu babaknya menerusi drama rantaian, Cari Aku Di Syurga yang sudah pun berakhir beberapa hari lalu.

Katanya, sedutan yang dikongsi merupakan babak yang paling digemarinya.

Malah, bekas finalis Dewi Remaja sezaman Raysha Rizrose ini juga turut berjanji ia merupakan posting terakhirnya berkaitan dengan drama tersebut.

“I promise this is gonna be my last posting for #cariakudisyurga. Hard to move on! 😝 I will start to prepare for my next character.

“FYI, throughout the entire drama this is my most favourite scene. Love the dress, love how the high speed shot shows my expression, love the background music, everything seems perfect! Last but not least, thank you to everyone who’s watching #cads.

So excited for my next project! Stay tuned loves,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Selain Mimi yang mendukung watak Mira, Cari Aku Di Syurga turut dibarisi pelakon hebat lain iaitu Janna Nick, Aeril Zafriel, Maria Farida dan ramai lagi.

Foto: Instagram Mimi Lana

IKLAN