Kalau nak pikat suami, pikatlah perutnya dahulu. Itu antara kata-kata orang lama yang sering diberikan buat kebanyakan mereka yang baru sahaja berkahwin.
Situasi tersebut bagai kena dengan pengantin baru, pelakon Nadiyah Shahab yang baru sahaja dua minggu bergelar isteri.
Khabarnya, dia kini memang rajin ke dapur dan memasak untuk suami tercinta, pelakon Ben Ali.
Ads
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Nadiyah, pastinya akan menyaksikan rutin harian Nadiyah yang sering memasak dan berkongsi video resepinya itu di Instagram Storiesnya.
Ads
Menggunakan #naddynibbles, pelakon berdarah kacukan itu juga gemar memasak western food (makanan barat) dan hidangan pencuci mulut seperti pastry, roti dan kek.
Untuk rekod, pasangan ini telah selamat mengadakan majlis persandingan yang cukup meriah pada 18 November lalu di Damansara Perdana.
Ads
Difahamkan, mereka merancang mahu berbulan madu di Itali dan Eropah. Bagaimanapun, mereka terlebih dahulu bercadang untuk menunaikan umrah pada bulan Disember ini.
Video : Instagram Stories Nadiyah Shahab
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan pengasas jenama Duck, Vivy Yusof meluahkan rasa terharu apabila kisahnya dijadikan soalan sempena peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi mata pelajaran Pengajian Am.
Menurut Vivy, dia berasa seperti bermimpi apabila kisahnya dijadikan kajian kes untuk salah sebuah peperiksaan terpenting negara.
Rasa terharu itu diluahkan oleh Vivy menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
“When you’re a case study in a national exam, you need to sit down for a while and wonder if you’re dreaming. Bet you wish you watched Love, Vivy and browsed FV website the day before.
“In all seriousness though, this is such an honour and I’m ever so grateful to be “temaning” you in your exam today. Dear examiner, I think everyone should get an A+,” tulisnya.
Tambah Vivy, dia menyifatkan perkara tersebut sebagai satu penghargaan bagi dirinya selain turut mendoakan kecemerlangan para pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut.
Dalam pada itu, entri tersebut turut dihujani komen-komen netizen yang berterima kasih kepada Vivy kerana telah menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
Wah, bertuahnya siapa yang menduduki kertas Pengajian Am semalam! Kalau anda mengikuti perkembangan Vivy di media sosial, sudah tentu korang tahu bagaimana nak jawab soalan tersebut kan?
Semoga berjaya diucapkan kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan STPM tahun ini.
Foto: Instagram Vivy Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Petang semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian pelakon senior, Allahyarham Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid.
Selain itu, ada juga berita gembira yang MH ingin kongsikan kepada korang!
Jadi, MH recap semula antara berita semasa mengenai industri hiburan, yang mungkin korang terlepas!
1. Zizie Izzatte Kini Hamil Lagi, Kekal Cantik!
Zizie kini disahkan hamil anak ketiga, yang kini mencecah hampir lima bulan. Terdahulu, Zizie dan suami, Bung Mokhtar dikurniakan dua orang anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette Disember lalu.
2. Transformasi Siti Affiyah
Melihatkan pada bayi berusia lima bulan ini, Siti Aafiyah kini sudah pandai posing depan kamera. Malah, gelagatnya bersama si ibu cukup menyenangkan netizen.
3. Instafamous, Zack Zenifer Miliki Aset Mantap
Memiliki lebih 400,000 pengikut di Instagram, Instafamous Zack Zenifer kini menjadi bualan ramai apabila dia memiliki aset yang ‘wow’. Dia juga sering memuat naik foto dengan menerima komen pelbagai netizen.
4. Tiada Lagi Zaibo…
Allahyarham Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid telah pergi menggadap Illahi jam 1:30 tengahari semalam akibat kanser esofagus tahap 4.
Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.
5. Marsha Doa Untuk Ozlynn
Erti sebuah persahabatan antara Marsha Milan Londoh dan Ozlynn sangat akrab sehinggakan Marsha yang kini berada di Mekkah telah mendoakan kesejahteraan Ozlynn sekeluarga di hadapan Kaabah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mengesahkan sudah bergelar tunangan kepada jejaka Australia yang hanya mahu dikenali sebagai TWG, dua minggu lalu.
Katanya, dia tidak mahu heboh mengenai kisah pertunangan dengan jejaka asal Perth itu kerana mahu memberi ruang buat diri dan si tunang.
Bagaimanapun, bintang cantik itu tidak menafikan, fasa tunang merupakan suatu fasa yang paling manis, apatah lagi sesi berkenaan sebenarnya dilakukan secara mengejut, tidak dirancang.
“Saya sudah bertunang pada 23 Oktober lalu. Ketika itu saya di Langkawi dan dia ada menyatakan hasrat untuk bertunang. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya kini bergelar tunangan orang,” katanya kepada MH sambil menunjukkan cincin tunangnya.
Ditanya perihal detik awal perkenalannya dengan lelaki berusia pertengahan 30-an itu dengan lebih lanjut, Raja Ilya memberitahu hubungan yang dibina tidaklah berlaku dengan pantas.
Sebaliknya, mereka kenal antara satu sama lain secara tak sengaja ketika dia masih berkhidmat sebagai pramugari bersama Air Asia lebih tujuh tahun lalu.
“Jujurnya saya pernah alami fasa kecewa sekitar tahun 2011 lalu mengambil keputusan untuk beralih kepada kerja di awan biru sekejap. Saya kenal tunang pun setahun selepas itu apabila dia menaiki pesawat sama. Saya pula ketika itu sedang bertugas dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand.
“Awalnya, saya bersama krew kabin lain memang dah perhatikan dia. Saja suka-suka dengan rakan sekerja. Masa tu pun, saya jugalah yang lakukan safety demo dan ada perasan, dia pandang dan senyum saja.
“Masa mendarat, saya tengah kemas-kemas tempat duduk penumpang lalu terjumpa boarding pass dia. Saya ambil dan tiba-tiba terselit pula nombor telefon dan akaun Facebooknya.
“Masa tu pula saya satu-satunya pramugari, jadi saya fikir ia memang ditujukan untuk sayalah,” katanya seloroh mengimbau memori.
Terdahulu, Ilya ditemui di set penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Ombak Kitchen, Shah Alam pada Sabtu. Turut sama di set berkenaan ialah para pelakon lain seperti Haliza Misbun dan Zarina Zainoordin.
Syurgaku Tak Sempurna 2 merupakan kesinambungan kepada kejayaan siri pertamanya yang sebelum ini merekodkan bilangan penonton lebih 4.4 juta ketika bersiaran di Hypp TV tahun lalu.
Drama bersiri sebanyak 30 episod itu bakal bersiaran menerusi saluran sama, Mac tahun hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...