[VIDEO] “Suara Lara Boleh Dibawak Ketengah Tak?,”- Lara Alana Kongsi Video Menyanyi, Tapi Ada Yang Cakap Boleh Bawa Kelaut!

Share

Siapa sahaja yang tidak mengenali si cilik comel, Lara Alana yang sentiasa berkongsi momen menghiburkan menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi posting terkini, permata hati kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya ada berkongsi satu video pendek ketika dia sedang menyanyi.

“Stole Mommy’s phone and recorded this… shhh.. don’t tell her okay? Btw, suara Lara boleh dibawak ketengah tak?,” itu ayat yang tertera menerusi ruangan kapsyen.

Lalu, perkongsian berkenaan ternyata mencuit hati pengguna media sosial dan ada di antara mereka yang meninggalkan komen secara berseloroh.

Rata-rata peminat berasa terhibur apabila menonton gelagat Lara yang menghiburkan.

Untuk rekod, Lara dilahirkan pada 22 Julai 2014 di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, lebih dua tahun selepas ibu bapanya mendirikan rumah tangga.

Video : Instagram Lara Alana

Published by
Nazar Rafiqhi