[VIDEO] Suami Izreen Azminda Main Piano Sambil Dodoi Anak, Bapa Penyayang!

Share

Pelakon versatil, Izreen Azminda kini dalam fasa berpantang selepas melahirkan anak keduanya, Aaaron Ibrahim pada 29 Jun yang lalu.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada memuat naik satu rakaman video di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, suami kepada pelakon yang berusia 33 tahun itu sedang bermain piano sambil mendodoikan anaknya.

Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Sementara itu, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Video : Instagram Izreen Azminda

IKLAN