Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengakui dia masih lagi behubung dengan bekas suaminya, Aliff Aziz.
Semuanya dilakukan bagi memberitahu serta perihal perkembangan anak mereka, Mohamad Ayden Adrean.
Bella ketika ditemui MH pada majlis pelancaran single Stralela di Red Box Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur menjelaskan, dia berbuat demikian kerana mahu hubungan anak dan bapa sentiasa utuh.
“Kami saling berhubung juga untuk mengetahui perkembangan anak kami.
“Tak salah untuk kami berbuat demikian (menghubungi) kerana Alif bapa kandung Ayden juga,” kata Bella kepada MH.
Dalam pada itu, Bella atau nama penuhnya Dayang Nazilah Awang Astillah tidak menafikan ada memberikan kata-kata semangat buat bekas suaminya itu.
“Jika sebelum ini saya yang menguruskan Ayden, jadi selepas terjadi situasi begini, (bercerai), secara tidak langsung dia (Aliff) akan berasa kekok.
“Dalam masa sama, saya faham situasi dia dan sentiasa berikan kata-kata semangat kepadanya,”kata Bella jujur.
Malah, ibu tunggal ini turut akui dia bersimpati dengan nasib yang menimpa Aliff apabila ramai yang mengecam dan memberikan komen negatif buat penyanyi Sayang Sayang itu.
“Ada masanya saya juga bersimpati dengan nasib yang menimpa dia dan berharap agar dia kembali bersemangat dan bangkit semula.
“Saya juga pernah cakap dengan dia jangan berputus asa kerana dia masih mempunyai ibu bapa dan keluarga yang sentiasa ada dibelakangnya,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan sah bercerai dengan talak satu pada 16 Mei 2019.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 2 tahun.
Dalam perkembangan lain, Bella berkolaborasi dengan Ifa Raziah dan Zizi Kirana menyanyikan lagu tema Festival Beli Belah Star Vendors.
Selepas kejayaan Star Vendors di PWTC, Mei lalu, kali ini festival beli-belah itu akan berkunjung ke Sabah pada 3 dan 4 Ogos depan.
Dihurung lebih 250,00 ekor lebah di badan bukan satu perkara normal untuk dilakukan seseorang individu.
Bagaimanapun, situasi tersebut akhirnya berjaya ditempuh pelakon dan pelawak yang kini bergelar usahawan madu, Shuib.
Menerusi akaun Instagram Shuib, dia ada berkongsi potongan rakaman video saat sahut caraban dihurung ratusan ribu ekor lebah di seluruh badannya.
Kongsi Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia telah berjaya melakukan aksi mencabar tersebut itu selama 30 minit.
“Lari topik sikit,,,Ini antara cabaran paling sy ingat sepanjang hidup sy,,Di hurung lebih 250,000 lebah dan harus bertahan lebih kurang stgh jam,digigit hampir 30 ekor lebah!!!!,
Menurut pelawak yang berusia 34 tahun itu, ini merupakan satu pengalaman yang baru dan sangat mencabar buat dirinya.
“satu pengalaman yg sgt2 luar biasa,,,kenangan paling ngeri dan best sepanjang hidup… Masa tu keluar wajah2 kesayangan,samaada hidup atau mati!!! Tp alhamdulillah berjaya ditamatkan sekaligus meletakkan nama sy dlm Malaysia Book Of Record … .
“Harini sudah hampir 2 tahun sy menjalankan perniagaan madu,naik turun,jatuh bangun semua dah rasa,,,Insyaallah akan terus mengayuh lagi utk menjadikan #beefactory jenama madu Nom 1 diMalaysia…
“Terima kasih diatas support semua!!! SELAMAT ULANG TAHUN KE-2 BEE FACTORY… Terima kasih stokis2,ejen2 dan dropship BEE FACTORY,nantikan gelombang BEE FACTORY 2.0,,
“Kita terbang!!!!! @beefactoryhq_official @beefactory_ipoh .#Repost @shuibsepahtu Video penuh di You tube Shuib Channel,jangan lupa subscribe skali ya… #beemanchallenge#shuibchannel,” tulis suami kepada penyanyi Siti Sarah ini lagi.
Bukan itu sahaja, cabaran tersebut telah membuatkan Shuib menerima anugerah ‘Most Number of Bees on a Human Body’ untuk kategori lelaki di dalam ‘Malaysia Book Of Records’.
Dalam pada itu, peminat juga turut berasa gerun apabila melihat aksi mencabar yang dilakukan oleh suami kepada penyanyi Siti Sarah.
Tahniah Shuib kerana telah berjaya mencipta lagi satu kejayaan dalam bisnesnya.
Foto : Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam pastinya menjadi malam paling bermakna buat penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah serta para peminat atas sambutan ulang tahun ke-20 penglibatan penyanyi asal Sarawak itu dalam dunia seni tempatan.
Nyatanya sepanjang kerjaya jatuh bangun penyanyi ini dalam industri hingga berada dalam liganya sendiri kini, Dayang kekal menjadi antara penyanyi senior yang kekal relevan dan menjadi inspirasi kebanyakan pendatang baru.
Lalu, Konsert Dayang Dua Dekad yang berlangsung di Istana Budaya menjadi saksi penghibur itu kekal punya aura dan personanya yang tersendiri.
Apa pun, jom ikuti beberapa trivia menarik sepanjang perjalanan konsert tersebut yang tiketnya sudah pun ‘sold out’ selang beberapa jam selepas ia dipromosi.
Sebagai intro Dayang memulakan persembahan menerusi lagu Tak Pernah Menyerah sebelum ia disusuli dengan lagu Seandainya masih ada cinta. Terdahulu, Dayang turut bertima kasih buat komposer lagu tersebut, Ajai atas kepercayaan hingga membuatkan dirinya mulai dikenali secara meluas sejurus lagu tersebut dilancarkan.
Apabila ditanya peminat mengapa sudah lama tidak lakukan gerakan yang sinonim dipanggil sebagai ‘tarik gear’ pada awal kemunculannya dulu, Dayang sejujurnya memberitahu dia terpaksa berlatih lama bagi mengelakkan dari terus melakukan tabit tersebut kerana ada yang tak suka. Jadi apabila ia sudah boleh dikikis dalam diri, Dayang meminta peminat supaya jangan tanya lagi, terus move on.
Menjadikan ‘Jampi’ sebagai lagu penanda aras yang menjadikan muziknya lebih segar dan berbeza daripada sebelumnnya, kemunculan rakan duet Hael Husaini nyata membuatkan audiens teruja.
Sepanjang konsert, Dayang tampil dengan empat persalinan dan tentunya semua dari Datuk Rizalman!
Selain peminat, konsert Dayang Dua Dekad turut dihadiri rakan artis yang turut sama tidak mahu lepas peluang untuk memberikan sokongan. Antaranya Misha Omar, Ziana Zain, Fauziah Latiff dan Neelofa.
Pada sidang media, Dayang turut berterima kasih atas semua yang hadir dan turut mengakui dia kian selesa berinteraksi dengan penonton kerana semuanya wajah yang pernah dilihat selain mahu ia dilakukan secara bersahaja.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.