[VIDEO] “Stress Aku!,”- Berkebaya Ketat, Jalan Tergedek-Gedek. Tayar Kereta Kak KM Pancit Di Bahu Jalan

Share

Usahawan Liana Rosli mengalami detik cemas apabila tayar keretanya pancit di bahu jalan.

Perkara tersebut dikongsikan Liana atau mesra disapa Kak KM di Instagramnya.

“Tersadai tepi jalan dengan kebaya ketat, jalan tergedek-gedek.. Stress aku!

“Tak ada orang nak tolong ke? Tayar baru tukar. Tak sampai sebulan lagi dah pancit,”kata Kak KM.

Bagaimanapun, anak kepada Normah Damanhuri itu reda akan perkara yang menimpanya.

“Tak tahu apa dosa aku dah buat. Tapi tak apa,aku rileks.

“Kita try tahan kereta dan selak kain, tapi nak tahan kereta elok sikit lah,” seloroh Kak KM.

Bagaimanapun, situasi tersebut dibantu oleh abang iparnya.

Difahamkan, tayar yang baru ditukarnya di sebuah bengkel tidak mempunyai dawai bagi membantu ketahanan tayar.

Video: IG Liana Rosli

IKLAN